Thursday, November 6, 2008

To leave or not to leave....???

It's tiresome, thinking about this. I'm having some major problem when it comes to adapting myself to something new.
But that's what happen to us, in all our life, right? Adapting one self to new environment is not something no one else has ever done... I've done it myself, several times. Maybe not so much, but I'm like 'been there, done that'. So what is bugging my head?
Too many things, when my money is pouring like pipe water for the cyber cafe, I can't decide where to start.
I love my school, love it so much I'd die for it. No, maybe not die but something close to it. Pass out?
God, help me decide. Too many friends have been saying a lot (about persuading me not to leave of course). Some, who can't reach me by person, even sent me a comment on friendster! How I love them all.
But when something like this happen, something I so terribly despise, should I stay? Or go?? One thing for sure, I'll regret any decision. Any of them. I just can't make up my mind. To just run away from it (coward), maybe I should go. So I can have some peace of mind. I think it's positive I'm leaving. But nothing in my life is for sure (nothing in all of our lives)
My dear, I'm sorry if this is not what you would've hope. Next time, don't leave your diary at the back of the class. The GPs are some good reporters. I think for now, after spending a hell of a good evening with them (and you), it's time for me to leave. If we're meant to be together, we will be. Until then.

Saturday, October 18, 2008

while my juniors are having their heads off....(do enjoy while you still can, guys)


Frustration. Ever try to describe it long enough to make people vomit? No, I haven't. Should I? Since I think in my person I have enough frustration to make me vomit.
Okay, where should I start? Maybe with my own stupidity. Once tricked seems too little to make me aware, and take safety precautions. But no, maybe I'm born to be tricked twice. Like any stupid teenagers.
Phew.... What am I writing here? I should be writing about how scare @ nervous @ butterfly-in-my-stomach I am for the up-and-coming end-of-year exam. But I'm writing about frustation? You can bet it's about a guy. Yeah, it is. God, I thought I'll never be this timid. I guess I am still immature after all..
Alright, let's forget about him already! You are wasting your money paying for the cyber cafe just to write about some jerk! Let's talk about... everlasting friends. Well, for now they are. And I do hope we'll stay friends forever. They are just the person(persons) I'll turn to whenever love bug bites me (and the love bug bites me a lot). Maybe that's just what girlfriends mean; the one you'll pour all your heart's contents to. And I do tell a lot to these people...=p

Saturday, September 27, 2008

Kawan2....




Salam... Ini seorang lagi kawan lama yang aku tak mahu lupa...

Kenapa agaknya si penulis ini sendiri tidak pernah mahu meletakkan gambarnya sendiri? Kerana gambar sendiri tidak penting!!!! Tujuan utama blog ini ditubuhkan (macam kerajaan Malaysia pulak) adalah untuk memberi ruang untuk aku mengabadikan mereka-mereka yang penting dalam hidupku....

Nama si baju oren ini dalam kad pengenalannya sendiri (yalah, takkan kad pengenalan aku pulak) ialah Nur Athirah bt. Zairee. Gambar tersebut (rujuk baju oren) adalah diambil dalam 'cyber cafe' itu sendiri (dimana blog ini ditulis) dan terus di'upload' kerana kecanggihan membenarkan tindakan itu.
Sila rujuk pula gambar si baju hitam itu (atas, kanan), itu juga salah seorang manusia-manusia yang pernah datang dalam hidupku. Namanya Muhammad Fauzal Rizki b. Ishenny. Seorang bukan warganegara yang aku ingati sebagai kawan baik yang aku hargai sampai sekarang.
Alright, folks. Friends may come and go, but friendship stays forever. Be sure to never let the memories fade away... Until then, I love u guys!

Thursday, September 11, 2008

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan....

Bulan yang mulia ini kembali menjenguk di jendela tahunku. Pada bulan inilah aku terasa lebih beas membuat keputusan kerana tiada lagi 'suara-suara' jahat yang membisik di telinga (syaitan yang dilaknat tentunya). Namun, ujian datang untuk semua, kan? Kalau tidak diuji, bermakna Tuhan tidak sayangkan kamu! (hati-hati) Bila tidak diuji, kamu akan leka dan menyangka Tuhan menyenangi semua yang kamu lakukan dan hampir pasti, kamu akan terjerumus ke neraka (nauzubillah). Jadi, sering-seringlah muhasabah diri.

Untuk rakan-rakanku (iffah, ac, daus) dan cikguku tersayang, Puan Asmawati bt. Mohd Ali (ada ke patut beliau membaca blogku? Maka, aku tidak akan bebas lagi menulis tentang sekolahku tercinta, SMK Chukai, 24000 Kemaman), utusan kali ini akan ku titipkan bersama-samanya sebuah karya yang padaku tipikal, klise dan normal. Sekadar untuk mengisi ruangan ini. Enjoy!

SURI HIDUPKU

“Suri…!!!” Tegang urat leherku rasanya memanggil permata hatiku yang seorang itu. Dah lewat sore macam ni masih tak nampak-nampak lagi batang hidung dan tubuhnya. Entah ke mana pergi bermain. Kebimbangan mengetuk-ngetuk di hati, cukup mengganggu. Runsing sekali apabila jam sudah 6.30 petang dan Suri belum pulang.
“Suri tak balik lagi?” Jiran sebelah rumahku, Kak Nita bertanya. Barangkali sekadar berbasa-basi kerana launganku memanggil Suri kuat sungguh. Sopanlah sedikit kalau bertanya bagai mengambil berat, sebagai jiran.
“Belum Kak. Ela dah balik?” Tanyaku pula, merujuk Ela yang selalu bermain dengan Suri. Mungkin mereka bermain bersama sekarang.
“Hari ni Ela kurang sihat. Berkurung di bilik sahaja sepanjang hari,” Kak Nita terus juga dengan kerja menyiram pokok-pokok bunganya yang segar merimbum di halaman rumahnya. Agaknya Kak Nita ni memang pakar menanam kot. Tak pernah aku tengok pokok bunga yang baru ditanamnya tidak menjadi, semuanya segar bagai di nursery.
“Tak apalah Ida, Kak Nita masuk dulu ye. Gulai tengah atas dapur tu,” kata Kak Nita tiba-tiba. Aku perhati semua pokok-pokoknya telah basah dek air. Aku angkat kepala dan mengangguk sambil senyum sedikit bagai memberi persetujuan kepada Kak Nita untuk masuk ke rumahnya.
“Hish Suri ni. Betul-betul buat orang risau saja. Entah ke mana dia pergi bermain. Taman ni bukan kecil, mana aku nak cari dia?” Aku merungut sendirian sebaik Kak Nita berlalu. Susahnya membela anak yang seorang ini, nakal lebih dari orang! Siap la dia balik nanti.
XDa Atom memanggil, terdengar sehingga ke luar rumah ini. Aku tergesa-gesa masuk ke rumah, telefon memanggil.
“Assalmualaikum..”
“Wa’alaikumussalam. Kak Da, ni Ana.”
“Ana. Ada apa? Ni nombor public ke?”
“Kredit dah keringlah, kak. Kak, mari ambik Ana kat Pudu jap.”
“Hah?! Kau buat apa datang KL?”

Saat itu juga aku dengar bunyi sepasang tapak kaki kecil masuk perlahan-lahan ke dalam rumah. Aku pun pantas berpaling dan benarlah, Suri pandai balik sendiri. Lewat petang! Aku buat isyarat tangan dan mata yang menunjukkan “mari sini, budak nakal!”. Suri menapak sedikit-sedikit ke arahku.

“Kak, boleh tak jemput?” Ana di hujung talian menarik perhatianku semula.
“Nanti. Kau sembahyang Maghrib kat Pudu dulu. Lepas Maghrib Kak Da datang,” kataku dan tanpa berlengah memutuskan talian. Persoalan kenapa Ana datang ke Kuala Lumpur ini biarlah dahulu. Nanti-nanti aku tanyakan.

“Kenapa balik lambat?” soalan wajib itu aku tanya pada Suri yang comot baru pulang bermain itu.
“Suri…Suri…,” itu sahaja yang dijawabnya.
“Suri apa? Suri tahu tak bimbangnya Mama tadi? Balik kerja, Suri tak ada di rumah. Tanya Auntie Nita, Auntie Nita kata tak tahu. Ela pun tak sihat. Dahlah tak tahu keluar bermain dengan siapa, balik pulak lambat. Mama bimbang, Suri tahu tak?”
Wajah comel itu menjadi putih pucat, matanya sudah bertakung titis jernih. Aku jamin sekejap lagi dia pasti menghambur air mata sambil memohon maaf dan menjelaskan kenapa dia pulang lambat. Tapi kali ini, aku tidak akan benarkan perkara itu berlaku. Mahu lihat apa dia akan buat.
“Mama dah bosan dah. Tiap-tiap kali Suri buat salah, mesti Suri menangis. Lepas tu minta maaf. Lepas tu buat lagi. Dah la, Mama nak naik solat dulu,” aku bangkit dari kerusi yang aku duduki sejak tadi.
“MAMAAA!!!! Suri minta maaf Mama..isk..isk..Suri janji tak buat lagi Mama…isk..isk..Maafkan Suri Mama…,” Suri yang kecil itu memeluk kakiku sebaik aku hendak melangkah. Begitu sekali aksinya, begitu sekali tangisnya. Padahal aku tidak mengancam pun, mengugut jauh sekali. Benarlah dia terdidik, malahan bijak untuk memahami kata-kataku yang bagai orang jauh hati.
Manalah sampai hatiku untuk membiarkan dia menangis macam tak cukup air mata, memohon ampunku. Aku tunduk dan dukung Suri yang kurus tetapi tidaklah ringan sangat.
Promise me, there’ll be no next time of this?
Suri mengangkat tangan kanannya semacam berikrar.
“Alright,” kataku sambil memberi ‘high five’ kepadanya. Suri meminta diturunkan dari dukungan.
“Jom, Suri pergi mandi bersih-bersih. Lepas tu solat. Lepas Maghrib kita nak jemput Mak Su Ana kat Pudu. Nak ikut tak?”
“Nak…..!!” Jerit Suri sambil berlari ke bilik air. Aku perhati sahaja keletahnya yang lincah itu.


Jari-jemari yang halus itu laju mengalih-alih stesen radio keretaku. Kalau tidak berkenan dengan lagu yang dimainkan, cepat sahaja mengalih. Kalau celoteh juruhebah Inggeris kedengaran, dia berhenti sekejap untuk mendengar. Andai tidak suka atau tidak faham, laju saja menekan punat-punat kehijauan itu. Aku perhati sahaja telatahnya sambil Hilux kupandu tenang.
Tiba-tiba lagu “Me & U” yang dinyanyikan penyanyi muda dari Barat, Cassie kedengaran. Suri tidak mengalih lagi. Dia sudah duduk diam di kerusi. Barangkali rentak yang perlahan tetapi menarik untuk didengar yang membuatkan dia ‘terlekat’ mendengar lagu itu.
Boleh tahan juga taste Suri ni. Lebih kurang dengan aku yang memang suka lagu itu. Aku terbuai dengan lagu tersebut. Terpaksa ku cuba memberi perhatian yang lebih kepada pemanduanku kerana aku kalau sudah terbuai dengan lagu, bahaya!
Selesai lagu tersebut, juruhebah kembali bersuara. Oh, Fly FM. Antara stesen kesukaanku apabila dalam perjalanan ke hospital pagi-pagi. Suri masih diam, tidak mengalih stesen lagi.
“Mama, siapa nyanyi lagu tadi?”
“Cassie, sayang. Kenapa?”
“Cassie?” Wajahnya berkerut. Aku diam, berfikir sebentar makna pertanyaannya. Lama, baru aku menangkap. Dia teringat rakan tadikanya, Cassie Ng. Anak Puan Ivvy Ng yang baik itu.
“Cassie ni, penyanyi Inggeris sayang,” aku menjelaskan sambil memperlahankan pemanduan. Meninjau-ninjau wajah adikku Ana di Perhentian Pudu yang kebetulan ramai pula umat malam ini. Saat aku tidak sibuk-sibuk hendak mencari Ana di sini, tidak sesak pula Perhentian Pudu ini. Kebetulan yang menyusahkan.
Ah, itu dia. Muka masam menungguku. Marah la tu. Bukan aku sengaja. Suri yang mandi lama sangat tadi. Macam-macam marahku tetapi Suri bukan makan saman sangat. Bila aku ugut tidak mahu membawanya sekali untuk menjemput Ana di Pudu dan meninggalkannya sendirian di rumah, barulah dia tergesa-gesa berwuduk dan segera selesai mandi. Itupun keluar dari bilik mandi dengan senyum. Sedikit tidak terancam gamaknya.
“Apa yang lama sangat? Orang lapar tau! Dah la ramai orang kat sini. Semua tengok Ana macam tak pernah tengok orang aja,” Ana menghulur begnya sebuah kepadaku. Mak datuk! Banyaknya beg dia. Macam nak pindah je rupanya.
“Ana lawa sangat kot. Tu yang tak tahan tu, kena tengok jugak macam tak pernah tengok orang,” kataku memujuknya sebagai menutup kesalahanku. Suri turut memegang beg yang ku angkat itu bersama-sama. Konon-konon dia membantu jugalah tu. Aku saja yang mengangkat beban itu, Suri cuma tumpang berlakon je…
“Alahai, comelnya Suri sekarang! Kak Da bagi pakai mekap jenama apa ini? Lembut betul kulit dia,” Ana mengelus-ngelus wajah Suri yang memang lembut dan gebu itu.
“Memang semulajadi la Ana. Tak bagi pakai apa-apa pun kulit dia memang sihat. Lebih kurang macam kulit mama dia jugak la,” aku tergelak besar sebaik menghabiskan ayat itu. Ana mencebik menyampah walaupun kenyataannya jerawatku memang kurang berbanding dia. Iyalah, dia masih pelajar. Hormon-hormonnya masih aktif menimbulkan jerawat berbanding hormon-hormonku yang sudah stabil, sudah matang (tua tepatnya). Tidak adil membandingkan aku dengannya begitu.
“Kak Da pun ada jerawat juga. Suri ni kulitnya bersih,” Ana membandingkan kulitku dan kulit Suri. Astaghfirullah, Ana tak faham ke gurauan aku tadi. Aku yang pernah berjerawat penuh di muka ini hendak dibanding dengan Suri yang usianya baru enam tahun? Tidak adil benar padaku.
“Dahla Ana. Engkau ni tak ada warning ke, summon ke tiba-tiba terpacak kat muka bumi KL ni, apahal nya? Janji nak cakap tadi,” aku teringat hendak bertanya Ana tentang perkara itu.
“Ana lari dari rumah,” perlahan sahaja suara Ana. Aku pula yang hampir tertekan pedal brek secara mengejut. Mujur sempat ku kawal kaki yang sepasang ini. Kalau tidak, pasti saja Waja enjin Campro yang laju mengikut di belakang akan menghentam Hiluxku. Mungkin kami yang di dalam keretaku ini tidak begitu teruk tetapi Waja itu dan isinya pasti kasihan.
Aku tidak boleh berlagak tenang dan terus memandu. Aku beri isyarat ke kiri dan aku berhenti di pinggir jalan yang kebetulan ada sedikit ruang.
“Kau APA?!” Ana menunduk sahaja, wajahnya kepucatan. Aku tengok Ana itu semakin kecil dan kecil. Aku betul-betul rasa macam nak telan dia!
“Ayah paksa orang kahwin la. Result SPM tak seberapa..,”Ana menjelaskan dengan suara orang bersalah.
“Dah tu, ayah suruh kahwin? Apa result kau teruk sangat ke sampai nak sambung diploma pun tak layak?” Aku makin tenang tetapi perbincangan ini belum habis. Suri di sebelahku senyap mengikuti perbincangan.
“Apa pulak? Kalau diploma orang layak la. Tapi ayah kata kalau tak layak buat degree, baik kahwin saja,” Ana masih menunduk.
Aku terdiam. Hai ayah! Konservatif betul. Diploma apa salahnya? Sekurang-kurangnya Ana boleh la buat ijazah lepas diploma nanti tapi lambat sikit la. Tapi itulah yang ayah nak kan? Semua anak-anak ayah ada ijazah dan kerja yang bagus. Aku tahu seksamu, Ana. Aku sudah laluinya dahulu.
“Jadi kau lari dari rumah ke KL ni? Lepas tu cari Kak Da, menyusahkan betul!” Aku merungut sedikit. Sebenarnya bagus juga Ana ada di KL ini bersamaku, boleh tolong tengok-tengokkan Suriku yang nakal ini. Tapi aku sengaja buat Ana rasa tidak dihargai dan menunjukkan tindakannya itu tidak betul.
“Kak Da, orang nak lepak-lepak je la kat rumah Kak Da kejap. Nanti orang dah relaks, orang balik ah,” nada Ana semakin tenang dan loghat Terengganunya yang pekat itu mulai kedengaran. Ah Ana! Aku tahu kau cuba mengawal slang Terengganumu yang kau bawa ke mana-mana tetapi sedikit-sedikit aku berjaya juga menangkap loghatmu itu kerana aku juga anak jati Terengganu.
“Hmm….,” aku sudah berpuas hati dengan penjelasannya. Sampai di rumah nanti, aku akan telefon mak di Kemaman. Pasti mak tercari-cari anak daranya si Ana yang ‘hilang’ itu kononnya. Hilang ke KL, cari aku juga!

“Hm….hmm….hm..ye, nanti Frida hantar Hana balik. Mak tak payah risau la. Em Wa’alaikumussalam,” aku letakkan ganggang selepas amanat panjang dari mak. Kata mak, jaga Ana baik-baik. Perhati tingkah laku dia tu. Jangan biar dia bebas sangat. Nanti dia nak balik kau hantar dia…bla..bla...bla.. Memang banyak yang mak pesan. Aku tahu, mak bimbang Ana bertindak bukan-bukan dan sekarang bila dia mencari aku maknanya dia di bawah tanggungjawabku. Hai…
“Kau Ana, mak dah beri aku lesen besar ni. Kau jangan nak buat perangai pelik-pelik pulak. Sementara kau ada kat sini, Kak Da cakap kat pemandu van yang hantar Suri ke tadika tu supaya tak payah hantar Suri pergi nursery-lah sekarang. Hantar balik rumah terus. Kau jaga Suri ya?” Aku buka tin biskut meri atas meja ruang tamu lalu ku hulur kepada Ana. Cepat saja dia menyambut.
“Ok. Kak Da, takkan biskut meri je. Nasi-nasi takde? Lapar ni,” Ana sempat bertanya sambil mulutnya mengunyah tidak henti-henti dan tangannya masih memegang beberapa keping biskut. Aku menggeleng.
“Kau suruh Suri la masak. Kau dengan Suri sesuai je, malam-malam selalu lapar. Aku tak lapar la. Penat, nak naik solat dulu lepas tu nak tidur,” kataku sambil bangkit dari sofa biru laut yang selesa itu.
Ana memandang Suri yang turut mengunyah biskut meri. Hmm…masak sendirila aku, bisik hati Ana. Suri pun mesti lapar. Kak Da ni kejam tau! Ada ke Suri yang kecil lagi ni sudah diajar diet tidak makan malam. Diakan tengah membesar.
“Jom Suri, biar Mak Su masak untuk kita.”


Seminggu sudah Ana di rumahku. Jarang-jarang sekali aku bawa dia dan Suri makan di luar tetapi jarang sangat! Aku bila sudah penat pulang dari hospital, jangan harap la aku nak keluar lagi. Aku tonton TV sama-sama dengan mereka malam-malam hari pun nasib baik. Sebaliknya sekarang Suri sangat gembira kerana Ana memasak tiap-tiap hari. Air tangan Ana pun boleh tahan! Mungkin lebih sedap daripada aku yang masak.
Akhirnya, petang Sabtu yang aman damai itu Ana pinta untuk dihantar pulang ke Kemaman. Aku pun mula berfikir untuk pulang berapa hari, berfikir berapa hari untuk memohon cuti. Hai, kesian patient-patient aku. Siapa ya nak aku pinta tolong lihat-lihat pesakit-pesakitku? Siti? Hish, Siti kan cuti bersalin. Buat-buat lupa pulak. Yana…alah, dia pulak cuti dulu, balik kampung adik bertunang. Faizal pula…hah! Faizal boleh rasanya.
“Okay, esok pagi. Pukul 9.”

“Aloh cucu tok, lamanye dok jupe. Meh kat tok meh,” mak memanggil Suri sebaik Suri melompat turun dari keretaku. Suri pun segera menuju ke arah wanita berumur yang dipanggilnya ‘tok’ itu. Aku cuma tersenyum sambil menolong Ana menurunkan bagasinya yang lebih dari orang balik oversea itu.
Mak aku, sayangnya dia kepada Suri macam cucu kandungnya sendiri. Padahal Suri tu cuma anak angkatku yang aku ambil di Selangor dua tahun lalu. Ibu bapanya bercerai, ayahnya keturunan Irish campur Itali dan ibunya yang juga sahabatku yang sama-sama ke Australia denganku keturunan syed-syed. Bayangkan betapa comelnya hasil percampuran yang unik begitu. Suri memang jelas lebih comel daripada cucu-cucu mak yang lain; anak-anak saudaraku. Kepetahannya bercakap dan kelincahannya mempelajari sesuatu pula terserlah lantaran ibu bapanya adalah manusia yang bijak-bijak. Aku tahu.
Tiga hari di kampung mungkin tidak cukup untuk Suri menjelajah ke pelusuk kampung yang aku tahu dia sudah hafal sepanjang cuti raya lalu. Namun itu tidak sekali-kali bermakna dia telah jemu dan tidak ingin berkeliaran ke sana dan ke mari lagi. Rajinnya dia mengikut ‘sepupu-sepupu’-nya mendaki bukit yang tidak tinggi dan meredah hutan yang sedikit di belakang rumah mak membuatkan aku kelelahan sendirian. Tidaklah bermakna aku mengikutnya pula, jauh sekali. Cuma bila kulihat wajahnya kemerah-merahan dan nafasnya tercungap-cungap sambil meneguk gelojoh air putih yang kuhulur membuatkan aku kepenatan sama. Tetapi perkataan serik seperti tidak wujud buat puteri angkatku itu.
Cutiku berakhir. Suri juga harus mengikutku pulang ke kota lantaran pengajian pra-sekolahnya masih belum tamat. Kelas Quran dan taekwando juga menuntut kehadirannya. Bukan niatku untuk membebankannya dengan begitu banyak perkara yang perlu dihadiri tetapi Suri sendiri yang memohon dihantar ke sana. Kelas Quran inisiatifku untuk menghantarnya kerana aku sendiri kurang masa untuk mengajarnya sendiri meski aku ada sedikit pengetahuan. Namun, harapanku agar Suri punya pengetahuan lebih daripada diriku tentang kalam Allah. Kelas taekwando pula, Suri yang pintaku hantarkan. Dia memang lasak, tidak padan dengan wajahnya yang comel. Elok juga pada fikiranku. Penculik atau penjahat kanak-kanak biasanya tertarik pada kanak-kanak berparas menarik. Andai dia sudah bersedia dengan self-defence, pasti bermanfaat nanti. Sampai dia besar pun aku hampir pasti dia akan memerlukannya.
“Mak, terima kasih. Frida dah nak balik ni,” tuturku sambil menyalami ibuku yang senantiasa sabar dengan segala keletah dan perangai anak-anak dan cucu-cucu yang bermacam-macam. Ibuku mengangguk perlahan, bibir tuanya mengatakan “Yelah.” Dan aku pun pulang dengan hati senang. Seriang beburung di awan. Masalahku selesai apabila ayah setuju Hana menyambung didikan di Tingkatan Enam. Sebetulnya, ayah sayang benar dengan anak gadisnya yang terakhir itu. Tidak mahu lepas jauh-jauh, belum sampai masanya. Keputusan SPM Hana yang tidak begitu memberansangkan memberi sebab yang lebih untuk ayah menahan Hana daripada pergi jauh. Hana akur, adikku yang baik itu pasrah. Aku ketawa dalam hati kerana jika aku di tempatnya, pasti aku berkeras untuk menyambung diploma di tempat lain. Ya, aku memang keras kepala. Tuhan sahaja yang tahu betapa aku mudah bosan di satu-satu tempat untuk jangka masa yang lama. Tapi di luar, aku pujuk-pujuk Hana agar terus menjadi anak yang baik. Dua tahun saja, bukan lama sangat. Lakukan STPM sehabis baik dan terbanglah jauh-jauh. Kalau dapat ke luar negara, kau juga yang untung, pujukku lagi.
“Kak, kenapa aku tidak bijak seperti kau?” Tanya Hana, sayu sahaja tatkala aku bersiap-siap hendak pulang. Aku tersentak sedikit, tidak menyangka dalam fikiran Hana tidak sematang luarannya.
“Kenapa kau jadi cengeng begini? Jangan pertikai takdir! Sudah ketentuan begitu, kau bukan tidak bijak tapi nasib tidak menyebelahimu. Aku tahu itu. Kau harus usaha lebih lagi. Ada hikmahnya semua ini. Tuhan uji dirimu dan kekuatan perasaanmu agar berupaya menampan perkara getir sebegini. Aku tidak bertuah kerana tidak diuji begitu. Kau tahu kan kau tidak boleh mengaku beriman selagi imanmu tidak diuji. Samalah prinsipnya dengan ujian untukmu ini. Maknanya, Allah sayangkanmu. Kena ingat ini selalu, okay?” Ujarku panjang, memujuk Hana yang layu benar. Sedikit sahaja anggukan Hana, aku tahu sedang sedaya upaya menahan air mata daripada menitis. Terharu, aku dakap bahunya dan kuusap belakang badannya. Air mata Hana jatuh ke bahuku. Teresak-esak dan dia membalas dakapanku.

Dalam perjalanan pulang ke KL, fikiranku masih terarah kepada Hana. Kerunsingan sedikit, aku akui. Dalam diam dan gelap malam meredah lebuhraya, sekujur tubuhku berdoa agar Hana tidak bertindak di luar fikiran matang dan sedar. Aku berharap benar Hana faham dengan apa yang aku cuba sampaikan dan redha dengan ketentuan-Nya. Bukan kuasa manusia semua itu, Hana! Batinku menjerit, kuharap sampai pada pendengaran batin Hana. Kuasa minda di bawah sedar. Dan Suri meminta perhatianku.
“Mama, kenapa Mak Su tak ikut kita balik?”
“Mak Su kena belajar, sayang. Jadi Mak Su tak boleh ikut kita balik,” balasku.
“Lepas ni siapa nak masak untuk Suri?” Tanya puteri cilikku lagi.
“Mama…mama boleh masak,” balasku lagi.
Okay, promise you will,” Suri semacam mengugut pula. Dalam hatiku diam-diam mengutuk Hana yang berjaya mangajar Suri untuk makan malam sedangkan aku pemalas memasak.

Sampai di rumah, jam sudah lebih 10. Suri yang sudah tidur kepenatan sejak dalam perjalanan tadi kucempung badannya dan kubawa ke katilnya yang kecil molek bercadar motif bunga-bungaan. Hairan juga dia kurang cenderung meminati watak-watak kartun terutamanya animasi popular oleh Disney seperti kebiasaan kanak-kanak seusianya. Lalu jadi masalah apabila kusuruh dia memilih motif untuk cadarnya. Puas melihat pelbagai motif kartun, akhirnya dia memilih motif bunga tulip berwarna-warni. Sama seperti cadarku. Aku pula yang naik hairan selepas itu. Suri tidak apa-apa kerana dia memang cukup menyenangi bunga.
Aku tekan butang di telefon rumahku, pesanan suara. Kemudian, suara Faizal menerjah. “You bila nak balik KL? I dah tak cukup tangan ni, mana nak attend patient you lagi, patient I pun berlambak-lambak. Dah dua kali I turned down appendix operation tau. Kesian patient-patient I. Balik cepat ya? Miss you.”
Mesej suara Faizal tidak ada apa-apa yang menarik, biasalah kalau pujuk rayunya agar aku cepat pulang bertugas itu. Tetapi “miss you” di akhir pesanan itu yang sedikit lain, tidak kedengaran seperti kebiasaan Faizal. Aku pula, dengan segelas air putih di tangan, mengusap-usap lengan. Sedikit seram-sejuk apabila Faizal yang selalu ramah itu terlebih pula mesranya. Sebentar kemudian, aku putuskan Faizal cuma buang tabiat sekejap. Nanti baiklah tu. Malas hendak kulayan lagi fikiran yang bukan-bukan lagi lalu aku tarik kuilting yang menjadi selimutku lalu lenaku datang tanpa mimpi indah atau tidak. Sampai ke pagi.

“Hai Frida! Dah balik bertugas?” Sapa Faizal yang tidak menyempat-nyempat hendak menegurku. Terkejut juga aku sedikit kerana sapaannya tidak bermula dengan salam.
“Kau ni, dah tak sempat bagi salam ke?” Balasku pada hamba Allah itu. Semacam hendak buat dia termalu.
“Assalamualaikum,” balas Faizal kembali. Wajahnya masih ceria, seperti tidak terkesan sedikit dengan teguranku.
“Wa’alaikumussalam,” ujarku. Itu sahaja dan aku hendak berlalu kerana rindu pada pesakit-pesakit yang kutinggal tiga hari lalu.
“Frida, nantilah dulu. Tak ke mana patient you tu. Macam mana dengan adik you, okay?” Tingkah Faizal mematikan langkahku. Faizal yang memang tahu tentang kisah lari-dari-rumah-tapi-cari-kakak adikku bertanya tentang itu.
Okay, dia dah balik kampung dan akan sambung Form Six. Ada apa-apa lagi, Dr. Faizal?” Balasku sedikit bosan.
“Satu lagi, are you free this weekend?” Ini pertanyaan luar biasa daripada Faizal melainkan dia mahu aku gantikan tugasnya on-call hujung minggu ini.
“Kenapa? Kau on-call ke hujung minggu ni? Nak suruh aku ganti ke?” Tanyaku. Memang hampir tepatlah jangkaanku ini pada fikiranku. Tapi yang aku tidak tahu maksud sebenar pertanyaan Faizal itu.
“Taklah. Kalau free, balik kampung boleh tak?” Katanya lagi. Pernyataan yang membuatkan aku makin tidak faham ‘permainan’nya.
“Kenapa? Kan aku baru balik? Silap-silap kena ganti orang on-call, naya aku kalau mintak cuti lagi. Siapa pulak mangsa nak ganti aku bertugas? Mengarut la kau ni Faizal,” balasku kemudiannya. Benar-benar lurus dan bendul apabila disuruh Faizal untuk pulang ke kampung.
“Kalau kau on-call, barulah kau tak balik. Tapi kalau tak, please-lah balik. Tolong ya?” Katanya dan berlalu sambil tersengih. Aku perhati sahaja lagaknya dan kemudian berlalu. Apa muslihatnya menyuruh aku pulang ke kampung?

Dan nasib Faizal kurang baik nampaknya. Sebelum hari pertama bertugasku selepas pulang dari kampung berakhir, aku mendapat tugasan on-call hujung minggu ini. Tetapi tidak pula aku khabarkan kepada Faizal. Biarlah, penting sangatkah untuk aku pulang lagi hujung minggu ini? Aku rumuskan sendiri sebagai ‘tidak’ sahaja.

Hujung minggu itu, aku bertugas di hospital seperti lazimnya. Bagi pengamal perubatan, tiada masa betul-betul berehat kerana jika dipanggil untuk kes-kes kecemasan, perlu juga untuk bersedia. Tetapi, pengamal perubatan juga manusia. Tidak adil untuk dikerah-kerah sepanjang masa, bukannya robot. Jadi, bergilir-gilir bersedia atau on-call itu penting. Minggu ini, akulah doktornya.
Mujur juga tiada kes yang teruk, memerlukan pembedahan atau seumpama dengannya. Cuma kes-kes minor sahaja. Apabila malam menjelma, aku cuba gagahkan mata untuk kekal celik lantaran tidur lewat itu bukan tabiatku. Jadi, waktu malam adalah waktu yang seksa untukku bersedia bagi sebarang kes.
Dalam keheningan hospital dengan sedikit bunyi pusingan kipas siling, dengkuran pesakit yang nyenyak dan ketukan di papan kekunci komputer oleh jururawat yang bertugas bersama-samaku, telefon bimbitku berdering. Tidaklah nyaring tetapi cukup untuk membuat jururawat tadi berpaling memandangku semacam. Memang telefon bimbit tidak digalakkan di hospital terutama jika bertugas pada waktu malam. Tapi aku memang doktor yang selalu ingkar. Lalu dengan muka yang sedikit bersalah, ku bawa telefonku keluar dan menyambut panggilan tersebut luar dari wad. Di tepi lif dan tangga yang seram kerana tiada suatu makhluk pun di situ.

Hello?”
“Assalamualaikum, Da!” balas ibuku. Tersentak sedikit aku mendengar suaranya yang lantang itu.
“Wa’alaikumussalam, mak?” Balasku kembali.
“Da, engkau tengah kerja ke?” Tanya ibuku.
“Yalah. Kenapa mak telefon ni?” Tanyaku kembali.
“Tadi, keluarga kawan kau datang. Tanyakan engkau. Dah engkau tak ada macam mana mak nak cakap? Mak mintak la tempoh seminggu. Kau nak ke tak nak?” Ibuku laju sekali mulutnya. Sampai tercengang-cengang aku, terkejut dengan lontaran perkataan oleh ibu yang cukup laju.
“Mak, cakap perlahan-perlahan. Siapa yang datang?” Tanyaku lagi.
“Keluarga kawan kau, Faizal tu,” balas ibu kemudiannya. Tersentap jantungku mendengarkan itu. Itulah muslihatnya! Menyuruhku pulang agar keluarganya dapat melihatku…? Tidak!!!! Faizal, kau ada hati dengan aku selama ini?
“Mak, diorang datang pinang Frida ke?” Tanyaku macam sedikit bodoh. Tetapi aku yakin soalan itu tetap ada rasionalnya kerana aku masih ada saudara perempuan yang lain. Aku masih berharap pinangan itu bukan untuk aku.
“Siapa lagi? Kan kawan kamu, mestilah meminang kamu, takkan meminang Hana pulak. Dah kamu nak ke tak nak ni? Cincin tanya ada kat rumah ni,” kata ibuku lagi. Ibu bertanya semacam perkara ini mudah semudah membeli ikan di pasar raya atau pasar tani. Eh, pasar tani ada ikan ke? Ah, tak kisahlah. Yang penting, kisah aku ni macam mana?
“Mak, Frida nak solat istikharah dulu la. Frida pun tak tahu ni,” ujarku kegelisahan. Ibu sekadar menyahut setuju dan menamatkan panggilan. Aku pula, dengan peluh di dahi, kembali masuk ke dalam wad yang masih sunyi. Dan kesunyian yang menyelubungi wad sepanjang malam itu tidak berjaya membuatkan aku mengantuk. Tidak seperti biasa, mataku malam ini cukup cerah dan segar kerana panggilan ibu yang terlalu mengejutkan tadi.

Pulang ke rumah pagi itu, langkahku longlai kerana aku sememangnya kepenatan tapi fikiranku sahaja yang tidak tahu penat.Terus-menerus memikirkan perihal peminangan Faizal. How should I deal with this matter? Itu sahaja yang menendang-nendang fikiranku kini.
Suri telah terjaga dari tidurnya. Pasti adik jiran sebelahku yang kuupah untuk menjaga Suri jika aku bertugas malam di hospital juga telah bangun. Suri laju sahaja menapak ke arahku. Wajahnya masih ada kesan tidur.
“Mama…” serunya padaku sambil minta didukung. Lantas aku mendukungnya dan kukucup pipinya yang bersih. Namun aku tidak balas kata-katanya. Fikiranku sarat. Bagaimana mahu ku jelaskan kepada puteriku ini tentang seseorang telah datang meminang mamanya? Hai… susah juga ya!

Dua hari selepas itu, aku bertembung dengan Faizal di ruang lobi hospital. Wajahku serta-merta meruap merah manakala Faizal tetap nakal seperti biasa.
“Jom minum sekejap kat kafe?” Ajaknya. Aku menurut, ada sesuatu yang ingin aku sampaikan padanya.

You macam tak sudi je nak minum dengan I. Kenapa ni, Frida?” Faizal bertanya. Aku menyampah betul mendengarkan itu, buat-buat macam tak ada apa-apa yang berlaku. Faizal, Faizal…
“Memang tak berapa sudi sangat. Tapi aku ada perkara nak cakap kat kau,” balasku. Sedikit kasar kedengaran.
“Apa dia?”
“Aku ada anak angkat seorang. Namanya Nur Suri Hafizah. Kau rasa, kau boleh terima dia?” Soalku. Straight to the point.
“Kau ada anak angkat??” Soalnya dengan wajah sedikit terkejut tanpa menjawab soalanku. Cappucino yang hampir memasuki rongga mulutnya kembali letak di meja kafe. Aku mengangguk mengiakan. Dia diam, lama-lama berfikir. Aku tahu.
“Anak kau, anak aku juga kan?” Jawapan akhir Faizal. Dia masih tersenyum, sabar dengan reaksi wajahku yang tidak mesra. Aku angkat kening dan berlalu setelah jus lemon kuhabiskan. Aku dan Faizal tidak berbicara apa-apa lagi. Tugas sebagai perawat di hospital tetap perlu kuteruskan dengan amanah dan tanpa kesilapan.

Malam itu, setelah Suri kumasakkan sedikit nasi dan lauk ringkas, aku cuba berfikir tentang pinangan itu lagi. Kupandang Suri yang tidak mengerti apa yang bergolak dalam fikiranku, hatiku tersentuh. Bagaimana bisa ku bela lagi anak comel itu apabila aku menerima Faizal sebagai sebahagian hidupku nanti? Sekarang mungkin bukan masalah tetapi andai dia sudah baligh nanti? Sukar juga untuk menjaga auratnya. Dia tidak erti, akulah yang harus mendidiknya. Tanggungjawab yang aku ambil dari ibunya Syarifah Zulaikha Syed Hussin dan bapanya Muhammad Faiz Way Abdullah. Anak campuran yang sudah lama aku jatuh kasih padanya.
Apabila Suri kudodoikan, aku juga turut terbuai lena bersama. Apabila aku terjaga kembali, waktu sudah hampir tiga pagi. Aku bangun dan berwuduk. Hajatku biarlah malam ini Allah mengurniakan petunjuk kepadaku melalui solat yang kulakukan, agar aku dikurniai cahaya yang mengarahkan aku jalan yang betul. Tuhan sahaja yang mampu menolongku setelah akal tidak lagi membantu. Tidak lagi mampu.
Dalam sujud panjang istikharah dua rakaatku, aku terpempan dengan petunjuk-Nya. Telah datang orang yang harus aku kasihi lebih dari ibu bapaku sendiri. Dia yang akan menemaniku sepanjang nafas masih mendampingi jasad dan melindungiku dengan kasih sayangnya atas nama Allah. Suri, didiklah dia. Itu sahaja jalannya bila si dia telah Yang Maha Esa tunjukki sebagai jodohku!

Wednesday, August 20, 2008

Apabila seseorang itu baru bermula...


Maka jadilah seseorang sepertiku! Aku rasa aku sudah tulis banyak sekali tempoh hari, malang sekali yang ter'publish' cuma -seronoknya ada blog sendiri!

Adakah aku yang bersalah??? Tak mengapalah.

Untuk tulisan kali ini, aku mahu mencoretkan pertemuanku dengan dua orang rakan sekelas yang sudah berpindah jauh ke negeri Kelantan.

Mereka berdua sangat berbeza, tapi aku sayang mereka sama sahaja. Nak kasi diorang glamer, yang kiri itu Aisyah Nadiah Ibrahim dan yang kanan itu Nurfarhana Muhammad Reza. Kenapa aku cerita tentang mereka? Sebab aku tak mahu mereka berlalu dalam lipatan sejarah hidupku, kerana setiap mereka yang singgah pasti bermakna dan berkesan di hati tentunya!

Sebenarnya, melalui hidup yang singkat, kita tidak tahu bilakah masanya Tuhan mahu menjemput pulang (yalah, semua orang pun tahu itu!) tetapi yang mahu aku persoalkan di sini, mengapa kita sukar benar mahu meluangkan seminit dua dan ucapkan kepada yang tersayang "Aku sayang kamu!!!" ? Pernah terfikir? Tidak, kalau kamu rasa kamu hidup selamanya.

Iyalah, aku sendiri yang mengalami kesukaran itu. Bukan tujuanku mahu menyeru kamu semua ucapkan cinta kepada yang kamu sayang, tetapi tak salahkan? Sudah ada beberapa cerita yang membuktikan cinta mampu menundukkan apa-apa sahaja yang negatif. Kalau tak percaya sila baca 'Chicken Soup for the Soul' (ceh, ini promosi. ada komisen ke apa?) Tidak, saya tidak terlibat langsung dengan hasil penjualan buku-buku siri Chicken Soup tetapi sekadar memberitahu satu judul buku yang bagus untuk semua.

Lalu, pada kesempatan ini, saya mahu umum "SAYA SAYANG KAMU!!!!" (sesiapa sajalah kamu, saya kenal atau tidak kerana cinta pasti menundukkan semua)

Sunday, August 17, 2008

Salam diberi pembuka bicara...

Assalamualaikum....(salam sejahtera)


Seronoknya bila sudah ada blog sendiri!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...