Sunday, January 17, 2010

Mencari Asou Haruto

Bukan pada wajah yang sering senyum. Manis pada mata, pahit di hati kau telan sendiri. Bukan pada lincah, tidak putus langkah. Hayunlah pergi. Pada kau mungkin seksa, padaku syurga dunia yang sukar dijelaskan oleh kata-kata.
Bukan pada bicara yang terasa memenuhi dunia. Aku tak perlu kemewahan seperti itu, cukuplah dengan ada.
Sukarnya menjelaskan cinta. Waktu punya segala, tidak ternampakkan. Waktu serba tiada, jelas tidak tergugat rasa. Ada di sisi seperti matahari untuk bumi. Itukah yang dicari?
Gembira, berduka, ketawa, menangis, laju, perlahan, berlari, merangkak, menyanyi, berbisik...
Sendu bukan penawar, hatinya walang tetapi kesedihan menukar jiwa. Dia menyambung harapan pada sisa-sisa nafas yang ada. Kerana memandang gelas yang separuh penuh, tiada siapa mampu merampas itu.
Mencari cinta seperti Haruto. Ideal. Tidak perlulah kau kutuk klise atau apa sahaja yang buruk-buruk kerana dunia tanpa cinta terlalu menakutkan. Tidak sempurna tidak apa. Aku akan cukupkannya.




~kredit; Ichi Rittoru no Namida.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...