Tuesday, August 24, 2010

dia di tengah jalan (ampun!)

-taking a break from my usual english-based posts-



nampak dia di tengah jalan. sebelah tangannya memegang bekas, sebelah lagi di atas jalan raya. terpaksa berada di atas jalan raya untuk menampung badannya. kaki tidak mampu.

nampak orang yang lalu dan pergi, mujur ada yang menghulur barang sekeping. bulan ini seperti menjelma dan senyum; menunjukkan sekujur jalan yang lurus di hadapan. terus kepada dia.

argh! berat terasa tujuh ringgit di dalam poket. pesanan kakak yang selalu baik hati untuk menganjur halaqah buat kami adik-adik di institusi seperti terngiang-ngiang.


"kita ni, kalau ada dua ringgit tu, beratnyee... nak hulur seringgit. sedangkan Rasulullah, sebiji kurma, separuh pun bagi kepada jiran baginda."


waktu seperti perlahan. berpapasan. itu sahaja.

ampun. aku manusia yang tiada kekuatan itu. berat ujian hari ini. untuk berpisah dengan harta dunia ketidakrelaan, samalah seperti tidak yakin rezeki Tuhan itu sentiasa ada selagi nyawa tidak direnggutNya. Astaghfirullahal'azim.











sewaktu berpapasan itu, aku sama seperti manusia-manusia lain yang mengelak - seolah-olah kau tidak ternampakkan. sekarang bersalah sangat enggan berlalu.

ampunkan hamba ini Tuhan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...