Saturday, May 26, 2018

Ramadhan

1. Assalamualaikum. Lamanya tak nampak? Sibuk ke? Dah bulan puasa baru nampak. Apa khabar?

2. Alhamdulillah, sihat. Ya, sibuk sangat sejak mula bekerja. Tiada lagi masa-masa senggang untuk menulis berita, cerita dan isi hati di sini.

3. Ini sudah Ramadhan kedua di selatan tanah air. Tetapi Ramadhan ini lebih syahdu berbanding Ramadhan tahun lepas. Ramadhan tahun ini sering kali sendirian. Puasa hari pertama, kedua dan ketiga disambut seorang diri. Hendak telefon ma di kampung serasa tidak sanggup. Nanti merambu air mata.

4. Puasa ke-10 baru terasa hendak ke bazar. Zaman maktab dahulu, ke bazar mesti berteman. Sekurang-kurangnya berdua.

5. Ini bukan lagi zaman maktab. Ini zaman bekerja.

6. Nobody told me it's going to be this lonely.

7. I'm not depressed. I just miss my family.

8. I'm not in denial. I'm not depressed.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...