Tuesday, March 5, 2019

Kimia

Bukan matapelajaran ngeri di Tingkatan 4 dan 5.

Sudah banyak membaca artikel, menonton video atau mendengar nasihat-nasihat orang tentang apa yang perlu diperhatikan dalam mencari pasangan. Lagu-lagu di radio pun kadang ada panduannya juga. Seperti kata Siti Nurhaliza,

Kalau menjerat burung kedidi
Janganlah senja baru ketaman
Kalau memikat idaman hati
Janganlah rupa jadi taruhan
Janganlah jangan rupa taruhan.

Ataupun Beyonce pun ada madahnya,

If you like it then you should've put a ring on it
If you like it then you should've put a ring on it

(Senang je Beyonce, asal suka je)

Lalu sudah banyak nasihat yang terkumpul. Hampir semuanya sentiasa berlegar-legar tetapi belum ada yang betul-betul serius untuk semua nasihat digunapakai serentak. Sedikit yang itu sedikit yang ini.

Nasihat terkini secara tak langsung diberi oleh salah seorang sahabat. Sebenarnya sedang berbincang tentang persahabatan iaitu mengapa ada persahabatan yang berlangsung dengan cemerlang walaupun jarak memisahkan dan mengapa ada persahabatan yang suam-suam kuku walaupun setiap hari bertemu.

Chemistry.

Tak pastilah pembaca sekalian pernah mengalami perkara ini atau tidak. Secara peribadi, memang sering mengalami perkara ini. Kalau tidak ada chemistry, tidak sama wavelength, terasa sukar untuk merobohkan benteng dan membina jambatan persahabatan.

Berbalik kepada topik tadi.

Jarang sekali nasihat 'chemistry' ini diberi oleh panduan mencari pasangan. Bukankah chemistry ini penting? Perasaan senang, mudah berkomunikasi. Kalau berkawan pun sebegini benchmark-nya, apatah lagi pasangan hidup.

Bagaimana keadaan pasangan yang berkahwin tanpa chemistry? Apa perasaan mereka?


Thursday, January 31, 2019

Siapa nak jadi Husna?

Kesian nama aku. Tak pasal-pasal sinonim dengan perempuan perampas. Siapalah yang tak pandai tulis skrip tu? Husna maksudnya baik, ahsan. Asma' ul husna. Nama-nama yang baik. Tiba-tiba dituduh perampas yang hampeh. Eeeee suka hati kau je

Namun, memang ada cerita dalam hidup aku yang seolah-olah sedang mendorong aku untuk menjadi seorang perampas. Cerita macam asalnya biasa-biasa tapi sekarang macam menjadi seperti ditulis-tulis pulak. Puaslah aku menolak jalan cerita ini sampai renggang hampir nak putus lah hubungan yang ada tapi tak putus lagi nampaknya. Biar aku mula dari awal.

Aku bersahabat baik dengan seorang lelaki sejak tahun pertama di kampus pengajian tinggi. Orangnya pun bolehla tahan tinggi. Aku pun tinggi jadi nak jumpa lelaki yang lebih tinggi dari aku ni susah. Masa awal-awal kenal (sebab satu kelas) dulu sebelum rapat, ada juga aku tertaruh hati kepada dia. Tapi dengan cepatnya dia berkasih dengan seorang gadis tempatan (haha tempatan katanya. Orang kampung dekat kampus kami itulah) lalu aku tidak lagi berharap apa-apa. Tapi selepas aku tidak berharap lagi, kami jadi lebih rapat berkawan. Sungguh aku tak rasa apa-apa dah kepada dia, yang tinggal hanya seronok berbual dengan dia sebab bahasa Inggerisnya fasih. Itu sahaja.

Tahun berganti tahun, tamatlah pengajian kami. Dia pun memutuskan untuk bertunang dengan kekasihnya. Aku ucapkan tahniah begitu sahaja. Aku harap untuk terus bersahabat dengan dia namun biarlah dari kejauhan sahaja kerana bak kata Flop Poppy;

Kini aku
Telah berpunya
Masa depan yang tak kita duga
Ku tahu kau masih mengharap jua
Tapi ku tak tak bisa meninggalkannya

(Aku suka lagu ni jadi aku imagine macam Flop Poppy nyanyi untuk untuk aku la)

Namun takdir Allah itu kata ada lagi cerita aku dengan dia yang tak habis lagi.

Aku dan lelaki itu dihantar bertugas ke selatan tanah air ini. Lalu pernahlah beberapa kali kami keluar bersama. Pernah juga ada rakan yang lain ikut bersama tapi tak lama kemudian rakan kami yang lain itu tidak mahu lagi keluar bersama kami, katanya tak elok keluar dengan tunangan orang (rakan aku seorang lagi ni mestilah perempuan. Kalau lelaki tak timbul masalah tunang orang ini apa semua). Tapi lelaki ini tidak jugak jemu-jemu mengajak aku keluar sampai tahap dia sanggup menjemput menghantar aku ke pintu rumah sewa.

Dia pernah buat igstory sewaktu keluar dengan aku lalu bergaduhlah mereka tunang anak-beranak. Berhenti sekejap lelaki ini menghubungi aku. Tetapi tak lama kemudian kembali menghubungi tapi dia dah tak sanggup menjemput menghantar aku lagi kerana kes bergaduh tempoh hari.

Aku katakan kepada dia;

"Lepas kau kahwin kita tak boleh jumpa macam ni lagi. Kau dah jadi suami orang."

"Ya, aku tahu," balasnya.

Lalu hari berkahwin dia pun tiba. Cantik sangat isterinya. Kalau nak banding dengan aku ni macam langit dan bumilah, aku bagitahu awal-awal. Padanlah dengan dia pun ada rupa. Bagai pinang dibelah dua mereka.

Lelaki ini sangat mendesak aku datang ke majlis kahwinnya. Katanya aku ini macam pengapit dialah, tak lengkap kalau aku tak datang. Tapi aku tak memenuhi jemputannya kerana aku tak rasa isterinya mahu aku di majlis mereka. Logiklah, kau nak ke kawan baik suami kau yang berlainan jantina yang sama-sama kerja dengan suami kau di tempat yang jauh dari kau, datang majlis kahwin kau? Tak perlu kot aku nak merebut perhatian suami dia macam tu, kalau kawan perempuan memang aku datang. Nak tunjuk muka dekat perampas best friend aku (crying emoji).

Selepas mereka berkahwin, berhenti sekejap lelaki ini daripada menghubungi aku. Tetapi selepas isteri dia balik ke kampung (mereka pjj), dia kembali mengajak aku keluar. Sebelum kau fikir yang bukan-bukan, aku tak pernah buat yang bukan-bukan dengan dia. Sentuh kulit dengan sengaja pun tak pernah. Aku dengan dia di sini jelas dengan perasaan masing-masing; aku tak ada hati kat dia dan dia tak ada hati kat aku. Obviously, dia dah kahwin dengan orang lain. Kami keluar buat aktiviti memang macam orang keluar dating yang tu aku akui; makan, tengok movie, jalan-jalan pusing mall. Tapi bukan dating. Tak ada sembang hati ke hati ke jiwang-jiwang ke tak ada. Aku assume itu lah aktiviti orang keluar dating. Aku tak pernah dating. Tak ada orang nak. See?

Sampai akhirnya, isteri dia tahu yang kami masih keluar walaupun mereka telah berumah tangga. Bergaduhlah lagi mereka anak-beranak walaupun isterinya belum mengandung lagi. Dia juga marah-marah kepada aku, katanya aku bercerita kepada orang tentang aktiviti kami keluar bersama. Lalu aku berfikir, apa salahnya aku cerita kepada orang? Kami cuma berkawan. Eh benak juga aku kadang-kadang. Aku tak faham kenapa dia marah-marah kerana aku tidak ada hati-hati untuk aku jaga. Aku pun memang tak ada hati kepada dia. Eh nak marah-marah pulak. Dah tak payah kawan dah. Dia pun left group wasap kelas kami di kampus dulu dan block aku di Instagram. Adui la lucu lelaki ini.

Membawa kisah ke tahun ini. Awal tahun ini, ada ibu seorang lelaki ini approach aku dengan niat untuk memperkenalkan aku dengan anak terunanya yang sibuk bekerja seperti tiada hari esok. Eh membunga juga perasaan aku bawak berbulan-bulan juga menyimpan harapan kepada anak terunanya itu. Lalu semakin aku menjauhkan diri daripada lelaki yang pertama tadi kerana memberi perhatian kepada anak orang lain ini. Namun, kisah bersama anak orang lain ini hanya sampai ke tengah hari sahaja kerana hujan turun. Murung la sebentar aku selama berbulan-bulan kemudian.

Tak lama selepas itu, pertengahan tahun ini aku bertemu dengan lelaki tadi di suatu kursus sementelah kami memang bertugas di daerah yang sama. Bertemu membawa kepada keluar minum petang selepas kursus itu barang setengah jam. Memang aku susah nak menolak ajakan dia kerana aku memang mahu bersembang dengan dia. Dia tahu kelemahan aku di situ. Tetapi selepas pertemuan lepas kursus itu, aku tidak lagi keluar bertemu dengannya walaupun pernah lagi mungkin dia mengajak. Aku juga masih murung dan kakak iparku ada bersamaku di selatan ini. Tidak sanggup tinggalkan kakak ipar di rumah dengan anak-anak saudara, tambahan pula abangku cuma selang beberapa hari pulang ke rumah kerana kerjanya yang sibuk.

Beberapa bulan seterusnya kami sama-sama sibuk menghadapi kerja. Sehingga akhirnya minggu lalu lelaki itu menghubungi aku atas urusan kerja juga. Aku berasa agak lapang apabila panggilannya itu sebenarnya atas urusan kerja. Tetapi kelapanganku juga cuma sehingga tengah hari apabila dia mengajakku keluar. Aku, yang kadang murung kadang gembira ini tidak berfikir panjang dan bersetuju untuk keluar lagi bersamanya. Tambahan pula kakak iparku pulang ke kampung sudah beberapa bulan, meninggalkan aku sendirian di rumah sewa. Namun rancangan kami untuk keluar tidak kesampaian esoknya kerana aku terpaksa menghadiri mesyuarat. Aku mohon maaf kepada dia dan cancel sahaja rancangan kami tanpa ada rancangan lain. Dua hari kemudian, dia mengajakku keluar sekali lagi namun kali ini juga aku menolak dengan alasan aku sudah sampai di rumah. Walaupun begitu, lelaki ini tidak mudah erti putus asa dan tiga hari kemudian, menuntut lagi aku keluar dengannya. Katanya aku sudah dua kali menolak dan dia tidak akan menerima apa-apa lagi alasanku.

Tetapi aku tetap beralasan. Sudah malam-malam aku tidak berani lagi untuk keluar. Lalu, walaupun dia seperti sedih, menerima alasanku dan meletakkan panggilan telefon.

Sekarang ini, siapa yang nak jadi Husna?

Update :

Lelaki itu sudah dapat bertukar ke tempat yang lebih dekat dengan isterinya. Alhamdulillah. Barangkali persahabatan kami juga akan semakin renggang. Tak mengapalah. Cukup sudah memori bersama dahulu untuk aku kenang. Aku tak perlu berebut suami orang. Dia pun sudah tak lama lagi hendak jadi ayah orang pula. Syukurlah. Ada pengakhiran yang baik untuk cerita ini. Sekian.

Day 6

Masih merawat hati. Masih bersembunyi di sebalik senyum yang pura-pura. Masih menyibukkan diri dengan hidup. Masih menahan air mata daripada sering tumpah.

Masih menangis hari-hari, pura-pura macam mana pun. Rasa macam ada beban atas kepala. Tak mampu nak rasa ceria sangat.

Alhamdulillah kerja masih mampu tumpu. Masa bersama anak murid sahaja yang buat aku lupa kepada dia. Anak-anak yang masih muda, semoga Allah tabahkan dan tetapkan hati-hati mereka di jalan Allah.

Terasa juga hendak bertanya soalan-soalan tapi sudah tahu semua jawapannya. Tapi kenapa hati degil bertanya lagi. Tak sudah-sudah lagi mempersoalkan apa yang terjadi. Tak habis-habis replay momen-momen sedih tu. Tak reti-reti nak rehat kerja dia. Letih tahu tak?

I'm quitting Instagram a little bit right now. Can't bear to go on it without posting instastories and constantly in need to check for his view. I can't live like that. That's fcked up.

Day 16

Masih terasa. Berapa lama lagi baru rasa ini akan pulih? Baru boleh nampak kelibat Proton Persona tanpa rasa apa-apa? Bukan salah Proton.

Hari ini dah terlupa alma mater dia. Dah terlupa signifikan negeri Perlis. Tetapi tiba-tiba kakak ipar teringat lalu tolong mengingatkan lalu sakit hati kembali. Bukan sakit hati yang benci tu. Sakit hati spesies sedih yang meruntun.

Tak berbaloi menangis...tapi bila menangis rasa lega...jadi lebih baik menangis daripada simpan...sebab tak berbaloi simpan dalam hati... Pinggan tak retak, nasi tak dingin.

Day 23

His mother sent a text. Apologised. Regret. I cried four times. Would've been more if my brother, my sister-in-law, my niece and nephew isn't here.
Haven't replied. Really don't know what to say.

Day 31

Replied. Said it's okay. She wished that we'd stay in touch. Don't know how I feel about that.

Saturday, June 9, 2018

Hujung Ramadhan

1. Assalamualaikum. Tak lama lagi nak raya. Semalam sekolah sudah mulai bercuti jadi hari ini mahu pulang ke kampung halaman.

2. Ramadhan ini banyak doa dan persoalan yang terasa Allah jawab direct. Beberapa minggu yang lalu terasa sunyi sangat menyambut bulan puasa, lalu Allah hantarkan teman-teman dan sahabat-sahabat untuk mengubatinya. Walaupun jauh dari ayah bonda, hati terasa sedikit terubat. Alhamdulillah.

3. Apabila terasa berdosa, cepat Allah hantarkan panduan untuk diri kembali ke jalan yang lurus. Apabila penat sedikit menghadapi ujian, Allah hantar ingatan supaya menjaga lisan. Terasa teringat-ingat untuk membetulkan lisan anak-anak juga. Semoga rebung menjadi buluh yang lurus di jalanNya.

4. Berdoa juga dimudahkan urusan bertemu peneman hidup. Fitrah manusia ingin berpasangan kerana semua orang hendakkan seseorang untuk tua bersama. Lalu bulan inilah ada sahabat bercerita tentang adik-beradiknya yang tidak supportive, tidak menghulur pertolongan sewaktu adik bongsu memerlukan segala keringat semua orang untuk majlis perkahwinannya tidak berapa hari lagi. Kemudian kupandang adik-beradikku yang ramai jauh di mata. Kurangnya aku bersyukur punyai adik-beradik seperti adik-beradikku. Mereka sangat supportive, ambil berat, concern, sayang, tidak berkira, sentiasa ada, sanggup dan banyak lagi sifat-sifat yang baik. Kelakar, banyak celoteh, dan sebagainya. Kami makin membesar makin jauh jaraknya, lalu group WhatsApp tidak pernah sunyi setiap hari. Jikalau seharian tiada bermesej lantaran kesibukan hidup, akan ada seorang dua bertanya khabar walaupun sekadar "Hai, senyap semua orang? Sibuk katanya."

4.1 Selepas mendengar cerita sahabat yang kekurangan kasih sayang adik-beradik itu, barulah aku sedar yang adik-beradikku istimewa sekali. Hubungan kami istimewa sekali. Bukan semua orang Allah kurniakan hubungan begini. Rupa-rupanya ada adik-beradik yang renggang. Semoga Allah lindungi dan rahmati hubungan kami sehingga ke syurga. Aminn.

4.2 Barangkali Allah masih mahu kami menghabiskan lebih banyak masa-masa bersama. Lalu aku catatkan itu di sini agar aku ingat untuk lebih banyak mensyukuri kehadiran mereka dalam hidupku. Sebagai bongsu, banyak yang aku pelajari daripada mereka selain daripada ayah bonda tercinta.

5. Baiklah. Ini sahaja cerita kali ini. Selamat hari raya semua. Maaf zahir dan batin.

Saturday, May 26, 2018

Ramadhan

1. Assalamualaikum. Lamanya tak nampak? Sibuk ke? Dah bulan puasa baru nampak. Apa khabar?

2. Alhamdulillah, sihat. Ya, sibuk sangat sejak mula bekerja. Tiada lagi masa-masa senggang untuk menulis berita, cerita dan isi hati di sini.

3. Ini sudah Ramadhan kedua di selatan tanah air. Tetapi Ramadhan ini lebih syahdu berbanding Ramadhan tahun lepas. Ramadhan tahun ini sering kali sendirian. Puasa hari pertama, kedua dan ketiga disambut seorang diri. Hendak telefon ma di kampung serasa tidak sanggup. Nanti merambu air mata.

4. Puasa ke-10 baru terasa hendak ke bazar. Zaman maktab dahulu, ke bazar mesti berteman. Sekurang-kurangnya berdua.

5. Ini bukan lagi zaman maktab. Ini zaman bekerja.

6. Nobody told me it's going to be this lonely.

7. I'm not depressed. I just miss my family.

8. I'm not in denial. I'm not depressed.


Monday, November 6, 2017

Falling out

Two weeks ago, I had two falling outs with two different parties at an eeriely close time. The first was with a few students I had become close to following our meetings during their examination preparation period. We're having this falling out because they felt uncomfortable with my judgement regarding their newly founded relationships with their fellow classmates. And by relationship I mean relationship, relationship. This was unfortunate because I had grown very fond of them and even considered keeping a close relationship with them even after they finish school. Obviously, I was saddened by the situation. I thought me passing judgment wouldn't be a big deal because I was their teacher, isn't passing judgment part of my job description? I guess we were a bit too casual and they took my words as my disapproval. Which was correct but they didn't have to stay away. They don't have to stay away.

The second falling out was with a close, very dear friend. Let me preface this by stating that I had no intention of stealing them away from their significant other. Stealing them away would be wrong. I wasn't born yesterday. But somehow they thought I was being careless, absent-mindedly mentioning that we meet all the time to anyone who would listen. I don't, but sometimes I drop their name in conversations because we talk all the time and I needed a subject matter. That is all. We go way back. And now I don't know if we'll be friends again. I don't want to if they're going to pull something like this again. I can't take it. Falling outs break my heart.

These events had me heartbroken so badly that my mother felt something was wrong so she called and asked. The call made me realize it has been two weeks. Two horrible, depressing weeks with nightmares and general unhappiness.

So far, I have no clue how to get out of the funk. The falling outs haven't been repaired, and I don't see that it will be in the near future.
Hope? Hopefully I will feel happy again soon. Haven't been happy for a while.

Update: I made up with the kids. It was magical. I don't know when they became important for me because it happened almost instantly, but I am glad we made up. It's nice to be wanted. I wonder if they feel the same way.

Monday, October 2, 2017

Emotionally Dependant

Yesterday, a car from the other lane swerved a little bit in front of me so I had to emergency brake to avoid hitting him but the road was slippery therefore I hit the divider in order to totally stop. The hit damaged my sport rim a little, and my heart.

It was heartbreaking to see the rim scratched but there's nothing that I can do. I thought about telling my siblings through our Whatsapp group but what's the point? There's nothing that they can do too. The only thing that I needed was for my hands to stop shaking (I literally rattle when I was rattled) and my heart to stop breaking. I tried to calm myself down.

Then I remembered a comment I read on Facebook a few days ago; women are emotionally dependant. I thought, how lucky! To be able to depend emotionally on someone. I thought to myself, it is a privilege to be able to depend on someone. I wouldn't be able to think like this three years ago.

I have lived more than half my life being dependant on my family, in every aspect. At the time, I could not tell you how supported I was because I hadn't realized it yet. After I started working and depending on myself financially, I found myself to be drawing a distinction between myself and my family. Don't get me wrong, we are still very close. I call my parents every week when I can, and I keep in constant touch with my siblings. But I found myself to be uncomfortable to share unnecessary information with them, such as the divider-hitting incident. Maybe I will eventually share it with them but as an afterthought, not an immediate, important urgency. I have never felt this way before. It's an event, why don't I feel like sharing it with my immediate family?

To be completely honest, I have been trying my darndest to be tough and independent. From the moment I arrived in Johor, I had a sinking feeling that from here on out, I have to do literally everything myself. Years in hostel during secondary school years have taught me to be somewhat independent, but this, right here, is the real deal.

I realized that I am way luckier than some people who had to grow up in a tougher environment; they grew up being independent. I didn't have to do that. I had love, protection and comfort from my family, alhamdulillah. It's probably why I am struggling with my current independence. Is this growing up? Not being able to depend on anybody anymore?

You're probably thinking: what's the big deal? Call your family, tell them everything that happened, tadaa... emotionally dependant. See, it's not about telling them. It's about not feeling okay to tell them because it has happened and there's nothing they can do or say that will affect the outcome of the incident. It's the RECAPPING of the story that has no other way of ending, that is what's bothering me. It's the empathy that I don't get, and I feel useless in getting. Like,

Me : I hit a divider.
Person : Oh my God, are you okay? Is the car okay?

See, those questions will soothe you. However, I have a constant feeling that the person I was talking to (in the effort of getting some empathy) will not care at all. Like,

Me : I hit a divider.
Person : Oh. Where?

See, the person was barely interested. I don't want to share if I think the person would not be interested in what I have to say.
This is what I feel with my family when I'm away like right now.
Is it normal to feel this way?
I have some friends here in Johor but I still don't feel comfortable enough to talk about something like this with them. This feels heavy and probably a little disturbing. I just hope I'm not depressed.

Toodles
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...