Saturday, June 9, 2018

Hujung Ramadhan

1. Assalamualaikum. Tak lama lagi nak raya. Semalam sekolah sudah mulai bercuti jadi hari ini mahu pulang ke kampung halaman.

2. Ramadhan ini banyak doa dan persoalan yang terasa Allah jawab direct. Beberapa minggu yang lalu terasa sunyi sangat menyambut bulan puasa, lalu Allah hantarkan teman-teman dan sahabat-sahabat untuk mengubatinya. Walaupun jauh dari ayah bonda, hati terasa sedikit terubat. Alhamdulillah.

3. Apabila terasa berdosa, cepat Allah hantarkan panduan untuk diri kembali ke jalan yang lurus. Apabila penat sedikit menghadapi ujian, Allah hantar ingatan supaya menjaga lisan. Terasa teringat-ingat untuk membetulkan lisan anak-anak juga. Semoga rebung menjadi buluh yang lurus di jalanNya.

4. Berdoa juga dimudahkan urusan bertemu peneman hidup. Fitrah manusia ingin berpasangan kerana semua orang hendakkan seseorang untuk tua bersama. Lalu bulan inilah ada sahabat bercerita tentang adik-beradiknya yang tidak supportive, tidak menghulur pertolongan sewaktu adik bongsu memerlukan segala keringat semua orang untuk majlis perkahwinannya tidak berapa hari lagi. Kemudian kupandang adik-beradikku yang ramai jauh di mata. Kurangnya aku bersyukur punyai adik-beradik seperti adik-beradikku. Mereka sangat supportive, ambil berat, concern, sayang, tidak berkira, sentiasa ada, sanggup dan banyak lagi sifat-sifat yang baik. Kelakar, banyak celoteh, dan sebagainya. Kami makin membesar makin jauh jaraknya, lalu group WhatsApp tidak pernah sunyi setiap hari. Jikalau seharian tiada bermesej lantaran kesibukan hidup, akan ada seorang dua bertanya khabar walaupun sekadar "Hai, senyap semua orang? Sibuk katanya."

4.1 Selepas mendengar cerita sahabat yang kekurangan kasih sayang adik-beradik itu, barulah aku sedar yang adik-beradikku istimewa sekali. Hubungan kami istimewa sekali. Bukan semua orang Allah kurniakan hubungan begini. Rupa-rupanya ada adik-beradik yang renggang. Semoga Allah lindungi dan rahmati hubungan kami sehingga ke syurga. Aminn.

4.2 Barangkali Allah masih mahu kami menghabiskan lebih banyak masa-masa bersama. Lalu aku catatkan itu di sini agar aku ingat untuk lebih banyak mensyukuri kehadiran mereka dalam hidupku. Sebagai bongsu, banyak yang aku pelajari daripada mereka selain daripada ayah bonda tercinta.

5. Baiklah. Ini sahaja cerita kali ini. Selamat hari raya semua. Maaf zahir dan batin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...