Wednesday, August 20, 2008

Apabila seseorang itu baru bermula...


Maka jadilah seseorang sepertiku! Aku rasa aku sudah tulis banyak sekali tempoh hari, malang sekali yang ter'publish' cuma -seronoknya ada blog sendiri!

Adakah aku yang bersalah??? Tak mengapalah.

Untuk tulisan kali ini, aku mahu mencoretkan pertemuanku dengan dua orang rakan sekelas yang sudah berpindah jauh ke negeri Kelantan.

Mereka berdua sangat berbeza, tapi aku sayang mereka sama sahaja. Nak kasi diorang glamer, yang kiri itu Aisyah Nadiah Ibrahim dan yang kanan itu Nurfarhana Muhammad Reza. Kenapa aku cerita tentang mereka? Sebab aku tak mahu mereka berlalu dalam lipatan sejarah hidupku, kerana setiap mereka yang singgah pasti bermakna dan berkesan di hati tentunya!

Sebenarnya, melalui hidup yang singkat, kita tidak tahu bilakah masanya Tuhan mahu menjemput pulang (yalah, semua orang pun tahu itu!) tetapi yang mahu aku persoalkan di sini, mengapa kita sukar benar mahu meluangkan seminit dua dan ucapkan kepada yang tersayang "Aku sayang kamu!!!" ? Pernah terfikir? Tidak, kalau kamu rasa kamu hidup selamanya.

Iyalah, aku sendiri yang mengalami kesukaran itu. Bukan tujuanku mahu menyeru kamu semua ucapkan cinta kepada yang kamu sayang, tetapi tak salahkan? Sudah ada beberapa cerita yang membuktikan cinta mampu menundukkan apa-apa sahaja yang negatif. Kalau tak percaya sila baca 'Chicken Soup for the Soul' (ceh, ini promosi. ada komisen ke apa?) Tidak, saya tidak terlibat langsung dengan hasil penjualan buku-buku siri Chicken Soup tetapi sekadar memberitahu satu judul buku yang bagus untuk semua.

Lalu, pada kesempatan ini, saya mahu umum "SAYA SAYANG KAMU!!!!" (sesiapa sajalah kamu, saya kenal atau tidak kerana cinta pasti menundukkan semua)

2 comments:

daus said...

penggunaan bhsa yg hebat!!!

so great~~

(:

Husna Mohamed said...

Thanks! Never thought anyone would notice my humble, humble blog...huhuhu=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...