.
.
.
ponek la den. bahaso melayu sudoh la dih? len kali plak aku translate. haha=D
pukul 7.05 aku terbangun sebab my bladder tak sabar-sabar nak suruh aku bangun. aku pun terjaga, check encik telepon; 1 mesej belum dibaca. jap2, bladder memulas ni.
err, takpe kot. kutahan air dan kubaca mesej daripada cik puan zati.
"Wanna join hike da bukit keluang at 7.30 am?"
fuhh, awal tu. apa-apa hal pun, buang dulu air yang penuh dalam tangki. dalam jamban pun pikir lagi ni. nak pegi tanak pegi nak pegi tanak pegi.
balik bilik, cik rumate a.k.a cik mira tercongok atas katil beliau. turut sama bangun buang air kot tadi.
"Mir, diorang ajak saya gi panjat bukit ah."
"Gi ah. kan awok dok gi hari tu?"
"Emm. tinggi dop bukit tu? tinggi dari bukit kat gua musang ari tu ke?"
"Emm. tinggi tu saya dok tau ah, tapi lagi curam saya rasa."
"Emm. tatau, tatau nak pegi ke tak."
"Takpe ah. diorang tau awak lelah kan. slow-slow. atas tu cantik. (merujuk kepada pemandangan Pulau Rhu dari atas bukit.)"
lalu, setelah gosok gigi dan basuh muka lebih kurang (yee tawan-tawan...saya ta mandi pagi tadi...=p), ku tukar baju tidur kepada jersi real madrid dan aku pon gerak.
ahli sume skali: diriku, diri izzat, diri jie, diri kash, diri irah, diri man, diri abglong, diri afiq & diri azmi.
ini photographer
kemudian. kami panjat dan panjat dan panjat dan panjat dan panjat lagiii...... (kena ada banyak 'dan' sebab aku lelah a.k.a semput dan terpaksa berenti, tareek napas dulu....hembuss....dan panjat lagi.)
tapi sampai atas......Subhanallah. ciptaanNya yang sempurna.
tapi penat gila kot nak sampai atas. kalau anda ta fit, lari-lari anak dulu keliling kampus, buat 2.4 dulu ke, agak-agak da mantap stamina tu, baru panjat bukit keluang. ahaks!
afiq yang agak
lepas sumer-sumer itu berlaku, kami tapau some nasi ayam & nasi air (my rumate mintak ayam sebelah. 9 hengget. terkujat aku!) dan blah. masing-masing pun sudah merindui katil yang memangil-manggil minta dibelai...:D
itu sahaja laporan kali ini dari kampung raja, kota putera besut, terengganu. kita kembali ke studio.
No comments:
Post a Comment