kalau tidak terganggu, tidak terjejas, tidak hairan langsung dengan apa yang hidup bawa untuk dirimu, mungkin dirimu sudah terlalu terjejas atau bahasa mudahnya, sudah gila dibuat dunia! kasarkah? maaf tetapi tiada maaf yang akan dipinta. jangan terlalu bimbang apa yang orang akan rasa akibat kata-kata atau perbuatanmu bila kamu tidak menyanggah hukum Tuhan. dan orang juga jarang hendak menjaga perasaan kamu!
bukan tentang orang yang menyinggung perasaan orang yang ingin orang ini tulis.
ini orang yang mengganggu perasaan.
ini orang yang mengganggu diri.
ini orang yang mulai bertukar menjadi novelis apabila dirinya diserang angin merah jambu. (lagi? tiada warna lainkah? jujurnya warna kesukaanku itu biru. biru tidak bolehkah? tidak! biru itu lembut nyaman aman. merah jambu itu membara, panas, hangat dan menyerabutkan otak. sesuai untuk jenis perasaan yang dibawa oleh warna merah jambu itu.)
seikhlas hati aku katakan: aku tidak faham bagaimana orang lain 'menambat' perasaan mereka kepada satu, 1, SATU orang sahaja (yes, i'm talking about the petty matters of the relationship between a guy and a gal. deal with it). pada aku selagi tiada "aku nikahkan dikau..." dan "aku terima nikahnya...", why bothers 'menambat' perasaan itu? berjanji? ada perkataan lain untuk itu - bertunang. or in english: engagement. sebabnya selagi aku tidak berjanji makanya kamu ('pasangan' kita itu) tidak ada hak untuk menyekat aku, memaksa aku, memerintah aku atau apa-apa sahaja yang menampakkan seolah-olah kamu ada some sort of power ke atas aku. (kenapa aku semakin berbunyi ke-indon-nan ini? -,-)
aku berada di sini, Besut bumi Ulul Albab, tidak sampai lagi dua tahun dan dalam tempoh itu aku sudah pun have a crush on quite a few number of guys - dengan setiap orang pada berlainan masa dan dengan sebab-sebab khusus yang pada masa berlakunya crush itu, aku rasa sebab-sebab khusus akulah sebab-sebab khusus terbaik di dunia!
oleh sebab itu, aku sedang memohon dalam hati:
Ya Allah. Kuatkanlah hatiku, jiwaku, perasaanku, pancainderaku, dan segala apa yang Kau kurnia sebagai pinjaman kepadaku, untuk menghadapi ujian yang sudah sering Kau bagi padaku ini.
aku bersyukur atas ujian ini. ujianMu tidak akan lebih dari kemampuanku kerana Engkau Maha Mengetahui, ya Allah.
Ya Allah, jika ini sudah sampai orangnya yang Kau tulis di Luh Mahfuz, maka Engkau pimpinlah hati-hati kami.jika bukan ya Allah, jika ini masih lagi salah satu ujianMu ya Allah, maka teguhkanlah aku untuk menghadapinya.
No comments:
Post a Comment