Kesedihan yang tidak tertanggung ini,
Tidak kufahami mengapa,
Apa yang terlalu mengganggu jiwa?
Yang bernafas pasti berhenti,
Yang ada pasti pergi,
Yang hidup mesti merasai mati!
Lalu kenapa menangisi?
Kerana aku bukan terbuat daripada besi,
Perasaan runtun, jiwa lara,
Mesti kembali, harus mengingati Ilahi,
Kerana Dia menarik, Dia memberi,
Di mana-mana pun, semadi.