Sunday, November 7, 2010

sehari dalam kuliah, lama-lama jadi pandai

Kesukaan menulis itu tidak pernah ditinggalkan. Biarpun menumpu dalam pengajian bahasa sekarang, menulis seenaknya seperti zaman sekolahnya pernah membenarkan, tidak terjadi lagi. Masuk sahaja usianya 18 tahun tepat 1.32 petang 16 Jun yang lalu, ayah tidak berkira-kira lagi untuk membelikannya sebuah ASUS siri A. Sejak itu, tulisannya (yang memang sekian waktu dikutuk oleh kak cik dan abang uda sebagai buruk) bertambah teruk dan menyakitkan mata kondisinya. Tetapi, keinginan hatinya untuk menulis selalu ada dan meluap-luap apabila memandang helaian-helaian putih yang bergaris tetapi kosong. Bukanlah dia tidak menulis lagi dan telah menjadi ulat buku yang ulung dalam kelas seramai 37 orang itu, tapi mungkin lebih sesuai disebut menaip – di laman blognya.

Sebelum kelas Emotional Intelligence (Kecerdasan Emosi) hari Ahad itu, sahabat sekelasnya Saddly (sebut: Sadli) datang dengan harapan dia boleh membantunya membina laman blog sendiri. Keterujaan Saddly untuk mulai menaip kepada dunia membuatkan dia tersentak sedikit. Dia masih mengemaskini blognya, semakin kerap sekarang kerana dia sudah ada cik teruntum – ASUS itulah, namun ‘hantu’ menulis yang pernah bertahun-tahun merasuk mungkin sudah menemui ‘tuan’ baharu. Saddly itulah, mungkin. Sampai orang suruh dia hantar karya ke majalah Cakna (majalah IPG) yang mahal (sampai RM20 seorang kena bayar) itupun dia menolak. Bukan dia tidak mahu, tetapi dia sudah tidak ada karya baharu. Dia sudah lama tidak menulis hakikatnya!

Dia jadi kelu. Dalam kelas EI pun dia jadi bisu. Bukanlah bermakna dia mulut murai dalam kelas EI itu sebelum ini – dia antara pelajar yang akan jadi ‘tikus’ apabila Mr. K (gelaran mereka sekelas untuk Encik Kamarudin daripada Jabatan Ilmu Pendidikan) mulai menyoal pelajar-pelajar – tetapi kelas yang itu dia tidak terasa hendak cakap apa-apa pun. Intelligence (IQ), personality and emotional intelligence (EQ) are distinct qualities we all possess. Together they determine how we think and act. It is impossible to predict one based upon another. People may be intelligent but not emotionally intelligent, and people of all types of personalities can be high in IQ and/or EQ. Of the three, emotional intelligence is the only quality that is flexible and able to change. Bosan, tetapi dia sedang belajar perlahan-lahan menyukai EI.




Dewan kuliah Al-Farabi yang tersangat sejuk itu menghantar ingatan dia kepada selimut corak garis-garis kuning dan merah jambu, bantal IPG yang keras dan bantal ‘I Love You Forever’ yang lembut dan gebu hadiah kak cik untuk hari lahirnya yang ke 17. Seronoknya! Selalu waktu-waktu sudah petang begini, semester juga sudah mahu berakhir minggu hadapan, kelas sudah tidak ada lagi. Tetapi Mr. K lain macamlah pula semangat beliau hari ini. Ikraam sampai sudah mengulang-ulang silap menyebut ‘across’. Mengantuk agaknya. Hujan cuma renyai di luar tetapi barangkali cuaca musim tengkujuh yang sudah menjelma dan pendingin hawa yang bekerja keras menyebabkan semua orang seakan beku. Dia pula sengaja tinggalkan sweater nipis hitam kegemarannya di bilik pagi tadi. Sejuknya.




What’s the time now?” Soal Mr. K. Soalan lazim.

3.40,” jawab beberapa orang. Joseph yang yang biasa menjaga masa tidak hadir.

Okay. What are the transformations that has take place after you undergo this Emotion Intelligence program, Al-Kas…, Al-Samihah?” Soal Mr. K lagi. Satu kelas tersengih mendengar Mr. K hamper tersilap memanggil ‘Al-Kasmahani’ (di mana nama Kasmahani tidak mempunyai ‘Al’ di hadapan – itu nama Al-Samihah Amni)

Akhirnya kelas berakhir dan dia sudah boleh lepas bebas dari dewan yang membuatkan darah berlari ke jantung dan membiarkan jari-jemari kesejukan. Rupa-rupanya di luar juga, hujan mulai melebatkan dan suasana tidaklah terlalu lebih panas daripada situasi beku di dalam dewan tadi.




It’s raining,” ujarnya. Yin mengangguk di sebelah. Najiah sekadar sunyi.

“Awak nak pergi kafe tak, Yin?” Tanya Najiah. Dia senyap, turut ingin mendengar jawapan Yin. Amoi Penang itu tiba-tiba sibuk dengan Sony Ericsonnya.

“Tak naklah. Malas. Nak masuk bilik aje,” katanya ala-ala manja. Walhal Yin memang lenggok cakapnya begitu, namun dia tetap merasakan Yin bercakap seperti kemanja-manjaan.

Untuk ke Blok A, mereka harus melalui Blok C dan Blok B dahulu. Dengan itu, mereka tidaklah basah ditimpa hujan yang makin galak menyiram bumi Besut. Semacam menari-nari dan penuh suka sekali titisan-titisan hujan turun petang itu. Dia memang suka subjek English Studies (Kajian Bahasa Inggeris) kerana dia kini mengaplikasi personafikasi – memberi sifat manusia kepada benda bukan hidup – di mana-mana. Dahulu di Tingkatan Lima pun dia tidak pernah suka perkara-perkara seperti metafora, simile sampai begini.




“Saya nak beli rotilah. Lapar pulak hujan-hujan maçam ni,” katanya tiba-tiba.

“Jadi awak nak pergi ko-op lah ni?” Soal Najiah.

“Ya,” balasnya sepatah. Yin masih tekun, membalas SMS mungkin.

Untuk ke kafe atau ko-op, mereka perlu ambil jalan ke kiri dan bukan terus sampai ke Blok A. Oleh kerana kedua-dua Najiah dan Yin tidak memberi sebarang petunjuk untuk ke kafe atau ko-op, dia beranggapan mereka akan terus pulang ke bilik. Dia tidak kisah pun, dan sibuk mencongak-congak di dalam kepala hendak membeli roti jenis apa. Sudah lama tidak membeli roti. Baik tengok tarikh luput sekali.

Tiba-tiba, Yin turut sama membelok ke kiri walaupun dia masih tekun memandang dan menekan punat-punat telefonnya. Dia jadi hairan.

“Saya naik dulu ya?” Seru Najiah.

“Ya,” dia membalas. “Awak nak pergi mana, Yin?” Tanya dia, penuh rasa ingin tahu.

“Tadi awak cakap nak pergi ko-op,” balasnya. Masih taat dengan telefon. Jalan pun tak tengok depan.

Yalah, itu aku. Kau nak pergi mana? Tadi kata nak balik bilik. Hatinya tidak dapat bersabar dengan jawapan yang tidak memuaskan daripada Yin tadi. Separuh jalan ke ko-op, dia bertanya lagi.

“Awak nak pergi mana, Yin?” Dia bertanya lagi, menahan rasa ingin tahu yang membuak-buak.

“Tadi awak cakap nak pergi kafe kan?” Kata Yin. Akhirnya mengangkat muka daripada skrin telefon.

Walaupun masih tidak berpuas hati dengan jawapan yang sama itu, dia memutuskan untuk senyap sahaja dan terus ke ko-op. Bagus juga ada orang teman.

Dia memilih satu roti keju, Twiggies perisa vanila dan biskut Chipsmore pek kecil. Banyaklah pula makan, bisiknya lagi. Ah, lapar. Walaupun pukul 10 tadi sudah makan sepinggan nasi ayam di kafe dengan Najiah. Macam mana nak kurus ni, rungutnya dalam hati. Langsung ke kaunter dan membayar. Perempuan tidak dapat mengasingkan dua buah fikiran dan mengaitkannya antara satu sama lain. Seperti “Mengapa diet saya tidak berhasil?” dan “Saya rasa nak makan coklat sikit lagilah.”, begitu yang dia pernah baca dalam Reader’s Digest.




Lepas Asar petang itu, Kak Syuhada (dia seru Kak Ada sahaja, kerana kakak senior itu adik ipar kak lang) mengajak dia keluar ke Kampung Raja kerana dia sudah minta Kak Syuhada memberitahu bila mahu keluar kerana dia bimbang wang sakunya tidak dapat bertahan sebelum dia pulang ke Kemaman minggu hadapan. Dia ingin ke mesin ATM BSN di pejabat daerah Besut.

“Mesin out of service,” begitu bilang seorang pak cik yang mungkin juga ingin mengeluarkan wang dari ATM. Dia terasa agak kecewa tetapi memutuskan dia boleh menghadapi perkara ini. Tak apalah. Bukan duduk di KL. RM50 insya-Allah boleh bertahan sampai minggu hadapan.

“Semalam dah keluar ke Jertih kenapa tak withdraw terus?” Kata Kak Syuhada sambil terus memandu Viva. Dia jadi senyap. Terasa diri ini menumpang. Walaupun dia pasti sangat-sangat Kak Syuhada tiada sekelumit niat pun mahu menyinggung perasaannya.

“Tak apalah Kak Ada. Tak payah buat keluar duitlah,” katanya perlahan. Tak mahu menyusahkan orang lagi.

“Tak adalah. Lain kali withdraw terus,” kata Kak Syuhada lagi. Dia sudah jadi diam sungguh-sungguh. Terasa mahu terbang ke Kemaman sekarang dan siapkan lesen keretanya. Itulah, dulu penakut nak ambil pré-test, dia mengutuk diri. Lepas langgar tiang parking dua batang, hatinya jadi kecut dan dia tidak pulang-pulang ke tapak latihan memandu kereta itu lagi. Pak Jat yang mengajarnya itu pasti hairan dengan kehilangannya yang tiba-tiba.

Kak Syuhada dan temannya, Kak Anirah bawa dia ke pasar malam Kampung Raja. Dia tidak gembira dan kalau ikutkan dia, dia mahu berlari pulang ke Kampus Sultan Mizan, tetapi dia ikutkan sahaja. Dia tahu dia sedang pura-pura senyum dan pegang payung Kak Anirah (kerana dia lebih tinggi daripada Kak Anirah macam kalau pengapit pun sesuai lebih tinggi daripada pengantin supaya senang nak payungkan) yang merah jambu.

Dia beli yong tau fu sebanyak RM2, keropok keping (keropok selipar, gelar kak cik) RM2 dan secucuk ayam yang harganya RM1. Ini bukan lapar ni, ini sedih. Dia tidak pasti kenapa dia sedih tetapi hujan yang renyai buat Kak Syuhada dan Kak Anirah tidak perasan wajahnya yang tidak ceria. Dia harap begitulah. Dia tidak kuasa hendak senyum-senyum lagi. Sudahlah stokinnya habis basah dek lopak air hujan yang banyak. Dia rasa seperti hendak demam sahaja.

Sampai di bilik, hatinya berdetak lagi. Hai, macam mana nak kurus? Tapi dia pasang juga cerita Doraemon the Movie: Nobita’s New Adventure into the Magic Planet. Tajuk panjang dan ceritanya juga panjang. Sudah berbulan-bulan pun dia tidak habis lagi menonton filem itu. Sampai habis yong tau fun yang sedap itu pun, cerita itu belum habis. Dia tutup kerana sudah Maghrib. Lain kali saja sambung.




Maghrib itu, Mira teman sebiliknya ada jamuan meraikan senior-senior mereka di semester lapan. Yalah, sudah semester terakhir. Tambahan pula mereka rapat dengan senior-senior Maths itu. Haruslah mereka yang junior ini buat sesuatu sebagai tanda penghargaan. Dia bukan budak Maths jadi dia tidak terlibat dengan jamuan bertema hitam putih itu. Retro sekali. Dia tonton sajalah mereka bersiap. Teman-teman sekelas Mira, Syima dan Dayah pun bersiap di bilik mereka. Itu tidak termasuk Along budak PJ yang jamuan mereka juga malam yang sama, sibuk meminjam cermin. Seolah bilik sebelah yang dikongsi dengan Najiah itu tiada cermin pula. Ramai sekali yang memenuhi bilik 302A malam itu.



“Budak PJ tiada warna temakah, Along?” Dia bertanya apabila memandang kurung ungu manggis yang disarung Along.

“Takde. Budak PJ bebas,” balas Along sambil bersungguh membetulkan pin tudung di cermin Mira.

Selepas melambai Mira, Syima, Dayah dan Sena (yang sungguh bergaya dengan kemeja jalur hitam-putih, tie dan tudung hitam), dia terasa demam sungguh-sungguh akan menyerang. Dia tarik selimut. Mujur mereka telah dapat extend tarikh untuk hantar tugasan ES sampai Isnin depan. Mdm. Dash (seru mereka untuk Puan Dashima daripada Jabatan Bahasa-bahasa) memang baik. Dia rasa bersyukur, menelan sebiji panadol dan lena sahaja. Mira pulang pun dia tidak sedar.















credit pic: blogs.monografias.com, niccolls.com, individualism.co.uk, reiki.whatitallbelike.com, downloadbox.org, http://www.thecartoonpictures.com/r-doraemon-239-doraemon-1024-1631.htm, trajes-de-noche.com

OneRepublic - Secrets

OneRepublic - Secrets

n, n, n...-joy.

weekend movie marathon

despite the fact that my isl (independent self-learning) tasks are still having a long way to go, i had a nice weekend movie marathon. it's the last week of the semester and i don't think anybody was in any mood to be stuck in the room and get busy. with work, i mean.




a nice movie, Transformers 2: Revenge of the Fallen is. i had always think of the Optimus Prime as a handsome robot; old-timer, almost solitude but strong and respected by his 'compatriots'.

okay. if you want to know more about the movie, just Google it. don't count on me. (last time i cut and paste from Wikipedia, i felt like a f fake.) all i can say; it's a nice movie, Megan Fox is a beautiful human and she and Shia Labeouf makes a sweet couple.




i found this movie among tens of other movies in an external (tq kak syikin^^) hard-drive. it has an interesting title and had i decided not to watch, i'd miss one of the hallmark-like movie. and i've always love hallmark-like story. light and although it messes with life's problems, they always made it looks easy to survive through.

anyway, The Accidental Husband was a fun movie. but i was a bit pissed when a sophia had easily let go of her love because some random doctor said the love of her life was not the right one. i mean, no woman in her right mind would do that when their wedding is two weeks away. preposterous. haha^^

and i re-watched two other movies; Twilight and The Handsome Suit. oh yeah, i never reviewed The Handsome Suit. some other time alright?






















credit pic: transformers-2-trailer.blogspot.com, pinartarhan.com

Thursday, November 4, 2010

sucking vampires

okey. honestly, it's like watching twilight and new moon in a new, tortured and distorted way. it's all wrong, but it's one of the best parody i've watched in a while (not that i'm a huge fan of parodies).





go watch. it's a great laugh.
and no, vampires don't suck. they bite. (and let's face it, pattinson is one great human specimen^^ - physically)















credit : moviemobsters.com

Tuesday, November 2, 2010

angin merah, bukan marah

.
.
.
kenapa tajuk yang sentapp macam tu?

haha. sekadar mengemaskini cerita-cerita angin merah jambu, merah darah, merah delima dan merah buah naga tempoh hari.



haruslah aku beritahu semula kepada kamu apa yang terjadi selepas kisah aku 'tidak ada strategi untuk menang' itu aku telah -dengan rajinnya- pos ke ruangan ini. atau kalau kamu tak baca pun aku tak kisah sangat. sebab ruangan ini kan untuk aku mengepos memori? (atau bekukannya, macam apa yang aku tulis dengan tulisan warna biru itu)

baiklah, baiklah. kisah itu sudah tamat tarikh luput ya? lupakan sajalah impian untuk tahu nama dia suatu hari nanti sebab aku sudah besar panjang dan sudah layak disaman kalau aku menulis tentang sesuatu yang hak orang lain tanpa kebenaran pemiliknya (nama pun hak milik juga kan? sampai di 'sana' pun kita akan diseru dengan nama ini).

jadi sampai situ sahaja kisahnya. bosan saja kisah aku ini. tidak ada pengakhiran yang lebih menarikkah? yang lebih mengujakan seumpama kisah Cinderella & Prince Charming?

namanya pun sebuah cerita. naratif penuh rasa dari seorang pencerita.















kredit: rajaresep.com

Monday, November 1, 2010

come one come all, to this very happy affair

and no, the above is not an invitation. it is merely a copy-and-edit from a line of an MCR song. i was a big fan once (and i mean, die-hard-fan. seriously).

but wait, you should have catch me there - a not-an-invitation to what? haha. that, i can't really say. after all, he whose event is going to take place admitted to me once he always checks up on my blog once in a while. just for fun and have a glance at my recent life, he said.

let's leave it at two words - an engagement. there.



fellow 1st sem-ers (june '10 intake) are facing examination whereas we teslians are off the hook - until the 3rd sem that is. then, we are the dead ones. 3 semesters in one exam - i think we have a truly frightening experience up front. but until then, sit back, support fellow 1st sem-ers and enjoy an Ella song on Era.fm. life is cold (monsoon season is hitting east coast).



alright, alright. it's november already. sem 1 is coming to an inevitable end, can you believe that? haha.

we usually go to kl during this time of the year, make a mess in a hotel room and squeeze every bit of strength in our legs to fulfill the true meaning of the wise saying - shop till you drop!



come to think of it, is that wise?

anyway.

this year, i was thinking about something different. a month and a half in pulau pinang had made me realize that penang is a cool place to go and shop - or visit. whicever comes first.



the taste of 'bakso' from a stall inside of seberang prai city mall still lingers on my taste buds (figuratively speaking).

will they succumb to my request? it's not that i don't see the glass as half full - it's i'm afraid they don't.

i just hope kl is on this year. i need a vacation. not badly, but yes i need one. who doesn't? especially when you don't face an exam that year (this is where you give a huge mocking laugh^^).



enough about vacation. it's not that i don't get enough oxygen in besut, it's the lack of carbon dioxide (or more like, the absence of it has made me forget what it's like, although it is good for the asthmatic condition. can't complain).

i stumbled upon (again) a VERY good article on facebook (or rather, a note) but i won't share it on my wall because, well, because it's... well...

check it out yourself, will you? follow--> http://www.facebook.com/note.php?note_id=166863376675845&id=100000350714598 (sorry. i tried make it clickable. you know, like when you post a link, and people can just click on the link. it didn't work. maybe i'll try again some other time)

















credit: http://www.facebook.com/note.php?note_id=388289804219, citydriver.wordpress.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...