"Teater ini secara kasarnya mengisahkan bagaimana Dato’ Mohamad Nor bin Khalid atau lebih dikenali sebagai Lat, dibesarkan di kampung dengan kehidupan yang sederhana, berpindah ke Bandar Ipoh kerana ayahnya menginginkan kehidupan dan pendidikan yang lebih baik untuk beliau. Di Bandar Ipohlah Dato’ Lat mendapat dorongan daripada guru sekolah rendahnya, Mrs. Hew untuk percaya dengan bakat melukis yang ada dalam dirinya. Dijayakan oleh pelakon-pelakon terkenal seperti Awie, Atilia, Jalil Hamid, Omar Abdullah, Sandra Sodhy dan Pushpa Narayan, Kampung Boy Sebuah Muzikal dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya daripada 16 Mac hingga 3 April 2011." - from my own report
2 comments:
wah.. mantap! tchr x penah gi tgk teater lagi setakat nih.
nanti pulang ke semenanjung boleh la pegi istana budaya... kitak dah jadi orang sarawak kan? hehe. (kitak ke kamek? confius2)
Post a Comment