Sunday, November 25, 2012

kisah pengepit kain

lari dari kebiasaan sekejap. lagipun selalu sangat dah bercerita dalam bahasa omputeh. karang anak tak reti cakap melayu pulak. kata patriotik.

okay campur-campurlah kot sebab memang kualiti bahasa melayu aku menurun sangat sejak mula belajar TESL ni. bukanlah IPG tak sediakan kursus bahasa melayu untuk semester-semester tertentu tapi biasalah, bukan major. kadang-kadang nak membentuk struktur ayat bahasa melayu yang tepat pun jadi kelam-kabut. macam bagus je kan tak pun sebenarnya. bahasa inggeris pun biasa-biasa je.

ok cerita pengepit kain tu macam ni: hari Jumaat haritu ajak la kak long pergi Mesra Mall (gah la jugak kat Terengganu + Kelantan sebab kat situ je ada panggung, walhal Pahang berlambak je panggungs) sebab bosan katanya dan in need of some new reading materials. biasa la cuti aku cari novel. tak luar biasa la tu. sampai Mesra Mall dah lewat petang jadi kak long ajak dinner dulu di food court sementara tunggu Maghrib.

last-last jadi lewat sangat sampai nak pergi solat Maghrib tu kak long ajak tunggu Isyak terus (Isyak awal, 8.06 dah Isyak) jadi kami bergegas ke surau Mesra Mall yang kecik dan sendat dengan semua jenis manusia muslim yang mengejar waktu Maghrib. selepas tunggu beberapa orang di giliran berwuduk (paipnya cuma 2,3 lagi yang masih elok, yang lain rosak) berjayalah aku berwuduk dan cepat menyarung telekung dan menunaikan solat Maghrib.

sujud pertama, aku terasa kesakitan di tulang antara lutut dengan kaki (orang kampung aku kata 'tulang kering'. aku tak tahulah orang kampung lain kata apa?)



ha tu lah tulangnya. sakit sangat seolah tulang kering aku menindih sesuatu yang keras dan possibly tajam jugak. tapi takdelah rasa nak berdarah. Tuhan. aku berfikir macam mana aku nak survive 5 kali sujud lagi ni? tak campur duduk antara dua sujud dengan tahiyat awal + akhir lagi. tak khusyuk aku. dah la memang susah sungguh nak khusyuk. lalu aku pun agak 'menjingkit' (orang kampung aku = jenjet) tapak kaki supaya tulang kering tu tak rapat sangat dengan benda alah yang ada di antara lantai dengan kaki aku tu. macam tulah aku sampai tahiyat akhir. macam mana aku survive duduk 2 sujud dgn tahiyat awal akhir semua tu? jangan tanyalah. cuba beralih sambil tahan sakit.

elok sudah solat Maghrib, aku tak ingat langsung dah apa yang sakit tadi. aku sangkakan zip seluar trek aku yang besar + tajam sangat jadi tak terlintas langsung dalam fikiran aku nak cek. lepas aku usai solat Maghrib pun tak lama dah nak Isyak and guess what? Isyak tiba lalu aku langsung bangun dan angkat takbir. tak ingat dah sakit sungguh tulang kering tadi.

sujud pertama tiba dengan ingatan yang berdering macam loceng kebakaran time prektis dekat sekolah dulu. Allahuakbar. macam mana boleh tak ingat nak alih zip seluar tadi bagi tepi sikit. ish. takpe. Astaghfirullah. Astaghfirullah. kesakitan itu kafarah. you know your sins. it's good to be paying some while you're alive. dan bertaubatlah. semoga Allah terima dan ampuni.

sesudah lapan kali sujud dan lapan kali duduk (semua jenis duduk yang anda perform dalam solat Isyak), aku bawa kaki kanan ke depan dan aku cek zip. eh. mana ada zip kat depan. zip seluar kat tepi. cek, cek. ada benda dalam seluar. besar.

Ya Allah Ya Tuhanku. PENGEPIT KAIN yang pesen kayu tu ada sebatang tersangkut kat benang-benang terurai dalam seluar aku. patutlah sakit! nak gelak pun ada. adoi. nak cerita kat kak long, kak long tak sudah solat Isyak lagi.


itulah kisah si pengepit kain.

Tuesday, November 20, 2012

puding gula hangus @ caramel pudding

okay i'm not sure if in english people call it caramel pudding, but whatever right? oh, i read in youtube it's probably similar to creme brulee, except for the blowtorch-ing part.

so i have this friend who has been bugging me to learn to cook. i admit i am lacking in that department (and still am) but i want to. it just doesn't happen yet. teheee :p

meanwhile, that friend asked me to bake (well, not exactly a cake, so 'make' is probably more suitable) a 'puding gula hangus' or 'puding karamel'. i have never, but it is a pudding so how hard can it be? (stuck-up much? =___=) so i googled a recipe for it & here it is.

(thank you, Alia@myresipi  http://www.kongsiresepi.com/read/60/0/)

Ingredients:
- 400ml fresh milk/evaporated milk
- 5 tbsp fine sugar
- 3 eggs
- 2 egg yolks (but you know what, i wanna use 4 whole eggs and i may if i please :D)
- 2-3 drops of vanilla essence
(for the caramel)
- 5 tbsp sugar
- 2 tbsp water

Instructions:
(prepare the caramel)
- put the sugar inside a pot with 1 tbsp of water. cook with moderate heat until it turns brown-ish. pour another tbsp of water. brown it up and pour inside a container of which you will steam the pudding later.
(the pudding)
- pour the eggs inside a bowl and while stirring the eggs, slowly pour the fine sugar. stir to perfection. try to avoid bubbles.
- in another pot, pour the milk together with the vanilla essence. cook on low heat up until 60 degree-ish. don't let it boil.
- slowly pour the moderately-hot milk inside the bowl of eggs mixture. stir.
- pour inside the container which contains the caramel of earlier.
- steam for about 30 minutes. let cool. in the fridge of you please.
- voila!

before upside-down, after steamed :)


upside-down and marvelous-looking :D

potong sikit -___-

that's it. now i'm gonna enjoy the pudding :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...