Nak cerita pengalaman tukar sport rim semalam. Sebab sebagai seorang perempuan bujang, bila hal-hal kereta macam ni biasanya kita tak mahir kan. Bukan anti-feminis, tapi merujuk diri sendiri. Sekarang dah pernah buat sekali, lepas ni boleh tengok kat sini kalau-kalau ada keperluan untuk tukar lagi. Orang lain ke, kereta lain ke. Eh.
Pelbagai perkara perlu diambil kira sebelum kita tukar sport rim. Kadang harga rim memang dalam bajet, tapi perkakas-perkakas dia kita tak kira lagi. Haaa... Tapi sebab iolls dah boleh agak (sebab dah Google dulu lebih kurang bab sport rim ni), sedia duit lebih terus.
Mula-mula, consider saiz tayar dan saiz rim yang kita nak ambil. Iolls pakai Saga FLX dan saiz yang ditetapkan oleh Proton ialah 13 inci. Tapi bila ke kedai, memang rata-rata tak bagi kita ambil rim 13 inci juga; sama ada ambil 14 atau 15 inci yang mereka sarankan. Is it a marketing scheme? I don't know. Tapi memanglah 15 inci nampak cantik dan garang pada Proton Saga. Jadi berkira-kira untuk ambil rim (dan of course tayar) saiz 15 inci.
Sedih juga untuk berpisah dengan tayar lama sebab Continental baru pakai setahun (walaupun mileage dah banyak tapi tayar comel lagi). Tapi nak buat macam mana?
Sebelum tukar, survey dulu kedai-kedai kawasan sekitar kalau-kalau harga tempat lain berbeza. Masa iolls survey semalam, memang harga berbeza sangat. Makan ratus bezanya. Maknanya, harga rim, tayar dan sebagainya memang tertakluk kepada kedai.
Lepas dah jumpa kedai yang paling sesuai (rim ada, tayar ada, harga okay), kalau anda sama kes seperti saya, perlu tanya harga centre ring. Benda ni tak nampak di luar tetapi perlu dipasang. Masuk kan dalam kos.
Baru bukak cover. Selamat tinggal rim asal. Jasamu dikenang. |
Tayar dah dipasang rim. Selamat tinggal tayar Continental bersusun 4 biji. |
Pemasangan centre ring |
Pemasangan safety lock nut |
Akhirnya, tanya kos alignment dan labour charge. Masukkan semuanya ke dalam jumlah kos. But wait! Tanya juga berapa mereka ambil trade-in tayar anda yang empat biji itu. Tambahan lagi kalau tayar anda masih berbunga dan cantik. Tayar second-hand masih kedai ambil.
Semasa alignment dilakukan, mekanik mencadangkan saya menukar kepada adjustable chamber screw memandangkan setting lama yang tak boleh ubah itu senget sedikit darjah. Keadaan ini akan memendekkan jangka hayat tayar kerana tayar lebih haus pada sebelah yang lebih terdedah kepada permukaan jalan. Oleh kerana iolls belum ada bajet, nanti gaji iolls tukar chamber screw dan chamber yang tayar belakang (apatah nama dia lupa dah mekanik tu bagitahu) itu.
Okay. Itu ini begitu begini, semua sekali RM1419.00 (dah tolak RM200.00 trade-in tayar). Pada hamba rakyat marhaen ini, harga itu adalah mahal. Tetapi sebelum cover tayar tercabut di lebuh raya kerana lari seperti tiada hari esok, tukar pakai sport rim lah. Kalau cover tercabut tu bahaya ke untuk kereta? Setakat yang iolls tahu, yang tercabut bersama cover tayar kereta hanyalah nilai estetika. Sekian.
Saga kesayangan hamba |
7 comments:
Apa saiz tayar kamu ni 195/55/15 ka
yep betul 195/55/15
Minyak kuat tak?
rm1419 sekali ngn harga sport rim ke?
Cantik. Bgs penulisan ni.
Sagat ke tak
Minyak OK x... Ade org ckp tukar rim 15..utk 1.6.. Mkn minyak
Post a Comment