Thursday, February 26, 2009

Jumaat dan remp-it


Sudah dua kali aku bertengah hari Jumaat di Kuala Terengganu, meskipun atas alasan yang berbeza. Seharusnya tengah hari yang sering panas dan mulia kerana harinya itu, aku tidak melihat mana-mana muslimin berpusing-pusing dan sekadar itulah. Tidak ke masjid menyahut seruan-Nya. Kerana latar belakang keluarga, memang aku jelik melihat lelaki (Melayu terutamanya kerana di Malaysia apabila Melayu kita akan terus assume Islam) tidak ke masjid ketika Zuhur Jumaat mulai menjenguk. 

Kalau berbaju kemeja atau berbaju kemeja T, mungkin aku masih boleh berpura-pura menganggap lelaki itu bukan Melayu (biarpun sawo matang itu, hidung setongkol bawang itu dan telor daerah yang pekat itu buat aku menyampah). Ke-menyampah-an aku ini akan bertambah-tambah kalau aku di Kuala Terengganu. Di sana (maaf, harus disebut juga kerana waktu di K. Terengganu tempoh hari tidak berani pula aku bertindak dengan tangan yakni kuasa-cuma mata pena @ untuk kesku, papan kekunci yang termampu olehku) khususnya Dataran Syahbandar, pemuda-pemuda berbaju melayu menunggang motosikal masing-masing dalam lagak yang paling bahaya. Aku harus akui, mereka mengagumkan. Tetapi mengapa tidak mengenakan safety gears? Baju melayu kain licin, nipis melayang itu tidak akan mampu menghalang goresan jalan tar lebih dari dua saat ia mencecah jalan dengan tubuh manusia sebagai force. Harapanku, semoga mereka telah menunaikan solat Jumaat sebelum itu agar jika ada yang menemui ajal (jelas peratusnya tinggi kerana tiada seorang pun ada kesedaran sivik yang cukup baik untuk mengenakan topi keledar) tidaklah mati di jalan yang sia-sia. Sekurang-kurangnya mati dalam jalan pulang dari beribadat. Walaupun aku pernah menyaksikan beberapa pemuda-pemuda generasi remp-it ini berpusing-pusing di bulatan Pantai Batu Buruk dengan motosikal masing-masing sewaktu solat Jumaat belum selesai, aku harap tiada lagi yang berlaku bagitu kerana telah dimarahi dan di-brainwashed oleh kariah masjid berdekatan. 

Memang, bakat-bakat besar yang membazirkan minyak sendiri, merisikokan nyawa sendiri dan memalukan negeri sendiri ini harus ditarik menyertai grand prix. Kasihanilah mereka, kerana kurniaan Tuhan mereka bazirkan dan aku dapat menonton persembahan segah untuk Litar Sepang hanya di jalanan Kuala Terengganu secara percuma.      

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...