Monday, December 7, 2009

Tengah hari yang lazat


Lama sungguh rasanya sudah tidak menikmati sepinggan nasi goreng kampung yang menepati seleraku dengan jitu. Kali terakhir rasanya waktu berkitar-kitar di Padang Besar, Perlis tiga tahun yang lalu. Orang Thai yang membuatnya; panas dan pedas.
Tapi, hari ini aku terpegun dengan keenakan nasi goreng kampung di sebuah restoran belakang Pasaraya Nirwana(maaf, lupa namanya). Masin, manis, pedas membingungkan deria rasaku. Bak kata iklan Maggi; cukup rasa! Sup panas pelengkap yang memuaskan hati. Teh ais yang seimbang nisbah serbuk teh dengan susunya memang telah berjaya mengikat hatiku dengan janji untuk datang menjamu selera lagi. Lain kali kena ajak Adnin pulak, sebab tadi katanya aku tidak pandang kiri kanan lagi mengadap nasi goreng kg itu... Jauh sekali untuk menawar sesuap dua. Aku gelak sahaja dan menabur janji untuk datang lagi ke restoran belakang Nirwana itu bersamanya.

p/s: Selamat pengantin baru untuk kawanku Cik Ja dan buah hatinya Aqim yang akan mengikat hati mereka tepat jam 1531 esok selepas wisel ditiup menandakan tamatnya masa menjawab Kimia kertas 3.

Kredit: Terima kasih kepada Cik Mir yang sudi meminjamkan N95-nya bagi memungkinkan post ini ditulis dan di'publish'. Arigato gozaimasu!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...