Saturday, May 14, 2011

Akhlak Mulia=)

i thought of translating my ta'lim notes to english but then it felt weird. and i want to write something meaningful here. other than my usual crap. so here goes.

Rasulullah SAW ada bersabda:

Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak manusia. (Riwayat Ahmad)

define akhlak:
jie - "peribadi"
irah - "sifat"
me - "tindak-tanduk"


Imam al-Ghazali ada menyebut:
Akhlak ialah sesuatu yang tertanam di dalam jiwa yang mendorong untuk melakukan perbuatan dengan mudah tanpa pertimbangan terlebih dahulu. 

akhlak itu ada 2:
1. akhlak kepada Allah
2. akhlak sesama makhluk

Akhlak kepada Allah
1. beriman kepada Allah
2. beribadat ikhlas kerana Allah
3. sentiasa bertaubat kepada Allah (taubat yg paling disukaiNya: taubat nasuha & taubat org muda^^)
4. melaksanakan perkara wajib dan fardhu
5. redha menerima qada' dan qadar

Akhlak sesama makhluk
1. akhlak sesama manusia (Rasulullah SAW, ibu bapa, suami/isteri, adik-beradik, etc.)
2. akhlak dengan makhluk (malaikat, jin, tumbuhan, haiwan, alam semesta, etc.)



dan manusia yang lemah seperti kita ini, bagaimana hendak melatih diri untuk berakhlak mulia?

1. mengambil Junjungan Mulia Muhammad SAW sebagai 'role model' utama. tak dilupakan, sahabat-sahabat, tabi-tabi'in. baca sirah-sirah, dalami dan hayati akhlak mulia mereka.

2. kembali kepada Al-Quran. 2/3 isi Al-Quran adalah berkenaan akhlak.

3. kemantapan ilmu.
bak kata falsafah pendidikan kebangsaan: proses pembelajaran sepanjang hayat.

hadis-hadis Nabi yang lain:

Islam itu akhlak yang baik.


Tidak ada sesuatu yang berat timbangannya melainkan akhlak yang mulia.


Orang yang sempurna imannya adalah orang yang baik akhlaknya.  

credit goes to Kak Mira, my ta'lim 'mother' for these very nice points and reminders. human needs to be reminded all the time because the brain is, somehow, in this modern era, tends to forget good values and the bad ones are easier to find (and to absorb too, at that!) and so i want to do something about it. even if me myself am still learning and correcting and improvising. hey, what are teachers for? and teachers are still human;)
 

2 comments:

Qani'ah said...

moga kita sam2 tergolong dlm glongan berakhlak mulia..
baru layak msuk syurga..Ameen:)

melawat anakanda terchenta~;p

Husna Mohamed said...

tq 'mak'...

sampai jugak kat teratak titisansitrus ni... lama tunggu;)

err... dah la ye 'mak'? kurang2kan aktvt mmbaca blog ni. 'mak' tu nak peksa. hehe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...